Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone

Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone

Selari dengan perkembangan teknologi pada hari ini, gajet seperti handphone bukan lagi kehendak seperti 10 tahun yang lalu, tetapi ianya sudah menjadi 1 keperluan yang harus dimiliki oleh setiap orang termasuk kanak kanak yang masih di bangku sekolah rendah.

Pada hari ini, bukan lagi sesuatu yang menghairankan jika kita melihat kanak kanak yang masih bersekolah memiliki handphone malah ianya suatu pemandangan yang biasa pada hari ini.

Semakin berkembangnya penggunaan teknologi gajet seperti handphone ini juga, membuatkan ramai ibu bapa yang menjadikan gajet ini permainan kepada anak anak kecil mereka malah ada produk produk keluaran yang menyerupai gajet handphone ini khas untuk kanak kanak.

Tentu anda pernah melihat anak anak yang masih kecil yang mungkin di bawah usia 6 tahun, terlalu asyik dengan permainan gajet mereka atau menonton video kartun menggunakan handphone.

Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone


Tahukah anda bahawa penggunaan gajet yang telalu lama iaitu dengan melihat skrin atau layar gajet seperti handphone ini boleh merosakkan otot dan saraf saraf mata sehingga boleh mengakibatkan juling, rabun malah buta terutama kepada kanak kanak yang masih berusia di bawah 6 tahun. Ini kerana otot dan saraf mata anak anak kecil ini masih belum cukup kuat untuk menampung kemasukan cahaya yang terpancar dari layar gajet apatah lagi melihat layar gajet atau handphone dalam tempoh yang terlalu lama dan jarak yang dekat.

Di Thailand, seorang kanak kanak terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan matanya yang juling dan hampir rosak akibat terlalu lama bermain dengan gajet. Kanak kanak tersebut di percayai sudah di berikan permainan gajet oleh ibu bapanya sejak berusia 2 tahun.

Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sering memberikan gajet handphone kepada anak anak yang masih kecil terutama yang berusia di bawah 6 tahun, dengan tujuan mereka tidak membuat bising atau menangis, silalah pantau penggunaan gajet oleh anak anak anda, lebih bagus jangan bagi langsung mereka menggunakan gajet tersebut. Anak anak tak tahu kalau bukan ibu bapa yang ajarkan. :)

Kita orang dewasa pun kalau tengok handphone atau komputer dalam tempoh yang terlalu lama, boleh pening kepala dan penglihatan akan terganggu (lama kelamaan boleh menjadi rabun jauh)

Last part, sila tonton video di bawah berkenaan penggunaan gajet handphone oleh kanak kanak dan hadamkan mesej yang terdapat di dalam video :)

loading...