Kalau Gelabah, Habis Semua Duit Dalam Akaun Bank.
Seorang Surirumah Menceritakan Detik Hampir Ditipu Oleh Warga Indonesia Melalui Perbankan Online

kalau korang ada online banking, tentu korang tau kan apa itu TAC kod.
Yang tak ada online banking dan tak tau apa itu TAC kod, TAC kod ni adalah satu kod nombor yang akan di kirim ke SMS yang di daftarkan ke atas akaun bank si pemilik.
Setiap kali nak buat transaksi online banking ni, last step, kena masukkan TAC kod yang di berikan melalui SMS untuk melengkapkan proses transaksi online.

TAC kod akan di kirim melalui SMS di handphone kita. Agak pelik dan mencurigakan jika ada yang menghubungi anda dan meminta no TAC. kan? Tak pelik ke tetiba ada yang menghubungi anda meminta no TAC?

Tak pernah jadi lagi la kat admin ada yang minta no TAC, tapi seorang surirumah menceritakan detik detik dia hampir kehilangan wang di dalam akaun bank nya apabila ada seseorang meminta no TAC daripadanya... Ikuti kisah surirumah ini yang menggunakan nama Nazirah Bugal di laman sosial Facebook.

***********************************************

KES SCAMMER TAC


Ini kisah benar saya. Kejadian pada 23/10/2018.

Bismillahirohmanirrohim .

Assalamualaikum semua sahabat muka buku. 
Saya tak tahu Nak mula ber cerita dari mana . Dari mlmkejadian mencari kekuatan utk share cerita ini.

Waktu maghrib 23/10/18 sedang saya nk ber solat saya menerima panggilan. Dia meminta saya memberitahu no TAC yang masuk ke phone saya. Kerana katanya,
“ayahnya tersalah tekan no phone . TAC telah masuk ke phone saya. “

Bunyi nya cemas.. dia kata duit tu ayah dia Nak transfer ke abg dia yg kena kemalangan.

MODUS OPERANDI -MMG DIA BUAT SUARA CEMAS DAN BUAT KITA GELABAH

Saya jawap "ok nnti tengok” . Masa tu saya tak gelabah lagi. Saya mulakan solat maghrib . Tapi dlm waktu saya sedang bersolat dia call banyak kali menggunakan Whatsapp call.

Selesai solat saya baca beberapa Whatsapp yang dihantar. Dia suruh saya cepat cepat hantar no TAC tu . Jika saya tak beri tahu no TAC tu segera duit saya dalam account akan ditolak keluar katanya.

Saya masih relax lagi. Sebab saya tak fikir perkara ni serius. Dan dalam masa yang sama saya teringat memang Bank ada hantar notice jangan sesekali memberi no TAC, no acc dll kpd sebarang panggilan.

Saya terus block no dia.
Tak lama Lepas tu suami balik, saya cerita kan. Dia kata kena buat report polis tu. Ye ke?
Suami explain bla.. bla.. saya dah start gelabah. Oh seserius ni ke kes ni ???

Saya baca update status di FB yg baru hantar sebelum saya solat. Ramai kawan kawan comment report polis. (Thank you to all friends ❤️😭)

Sampai di balai polis dia masih hantar Whatsapp lagi menggunakan no lain. Kerana no yg pertama saya telah block . Ketika sampi, saya cerita kan kepada pegawai yang bertugas..

Alhamdulillah semua pegawai yg bertugas melayan kes saya dengan baik sekali. Mereka kata jangan gelabah puan. Mmg banyak kes mcm ni sekarang. Dalam masa yang sama baca Whatsapp sahabat sahabat yang pm . Mereka kata call bank suruh block akaun. ( Terima kasih sahabat2❤️❤️) Polis pun kata macam tu.

Dalam masa yang sama si scammer terus call, terus Whatsapp, dan menghantar beberapa lagi TAC yang menunjukkan duit kita sedang dikeluarkan .

Bila saya dapat bercakap dengan customer service bank yang bertugas , dia check, dia kata memang ada 2 pengeluaran duit hari ini pada pukul 7 lebih. Rm5k + 1k 😱😱 . Ya Allah !!! saya terdiam, terkedu, dan telan Air liur jer masa tu. 
Dalam hati macam mana ni?? Kenapa boleh jadi mcm ni?? Tak selamat nya simpanan dibank. !

Dan kebetulan di balai ketika itu ada seorang pegawai penyiasat . Beliau menerangkan kepada saya puan jangan panic , selagi puan tak bagi apa2 no TAC Atau apa2 no kpd si pemanggil, duit puan masih Selamat .

Selamat??? Kan bank dah bagitau ada pengeluaran dari Akaun saya rm6k 😭😭😭

Penyiasat tu kata” mmg nmpk duit puan hilang, tp Biasanya dia ambil duit tu transfer ke mn2 acc yg ada history transaction . Selagi puan tak beri Apa apa no, selagi tu dia tak dapat ambil duit tu.

Pegawai Bank masih online lagi. Dan selepas tu pegawai bank kata duit saya yang hilang tu Rm5k + 1k sebenarnya dimasukkan ke dlm acc saya yang lain yang tak aktif.

Allahuakbar.. leganya rasa... Alhamdulillah 3.

So saya block dua dua acc.

Kes settle Tanpa sebarang kerugian.

Pesanan saya:
PLS ALERT. JANGAN GELABAH, JANGAN BERI SEBARANG NO APA NO YG DIMINTA. CALL BANK , DAN BUAT REPORT POLIS.

Moga cerita saya menjadi panduan kepada sahabat semua. 
So berhati2 lah sahabat semua .

Terima kasih kepada sahabat2 yang pm, yang reply yang comment . Semuanya sangat membantu. TQSM ❤️❤️😍😍😍😘😘

Gambar2 dibawah adalah Whatsapp2 , panggilan panggilan dan notice TAC sms yang di hantar kepada saya .

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

Sindiket penipuan perbankan online TAC

***********************************************************

Kesimpulan... Jangan kalut jangan gelabah kalau jadi kes seperti ini kepada anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah.
1. Bawa bertenang dan jangan berikan sebarang maklumat perbankan anda.
2. Segera hubungi pihak bank untuk sebarang pengesahan transaksi. Kul 3 pagi pun kalau call CareLine, akan ada yang menjawab.
3. Minta pihak bank block akaun bank anda. Jika anda menerima TAC tetapi anda tidak melakukan sebarang transaksi pada waktu tersebut, bermakna akaun bank online anda telah di ceroboh.
Selagi scammer tidak tahu no TAC, pemindahan wang tidak dapat di lakukan.
4. Buat laporan polis.

Daripada kejadian yang menimpa puan Nazirah, scammer berada di Indonesia berdasarkan rekod panggilan masuk. Tidak kurang orang Indonesia yang bijak dalam melakukan penipuan sebegini. Jadi sila berhati hati jika ada panggilan atau berurusan dengan warga Indonesia terutama yang tidak di kenali.

Sumber :
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2283914584970642&id=100000563690853

loading...