Inginkan Anak Kembar? Doktor Ini Kongsikan Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar

Inginkan Anak Kembar? Doktor Ini Kongsikan Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar

Kelahiran cahaya mata adalah sesuatu yang diimpikan oleh setiap pasangan suami isteri apalagi bagi pasangan yang baru berumah tangga.

Dengan adanya cahaya  mata atau anak di dalam rumah tangga, ianya pasti akan memberikan kebahagian dan sinar baru di dalam rumah tangga.

Adalah menjadi perkara biasa jika seseorang wanita atau ibu itu melahirkan seorang anak, itu sahaja sudah cukup memberikan kegembiraan kepada pasangan suami isteri tersebut, bagaimana pula jika seseorang wanita itu melahirkan bayi atau anak kembar. Ianya sesuatu khabar gembira yang tidak dapat di gambarkan apatah lagi ianya jarang jarang berlaku.

Jenis Jenis Jenis Kembar


Walaubagaimanapun, kehamilan anak kembar ini ada yang membahayakan dan ada yang tidak, malah ada kelahiran kembar yang berkongsi organ dalaman dan tubuh (melekat) dan terpaksa di pisahkan sehingga boleh mengakibatkan kematian salah seorang dari kembar tersebut atau kedua duanya. Kembar jenis ini lebih di kenali sebagai kembar siam di malaysia.

Secara umum, terdapat 2 jenis kehamilan kembar iaitu :
Kehamilan kembar jenis dichorionic/dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telur/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan. Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing mempunyai uri sendiri.

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan lelaki benih, embrio yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, janin mati dan lain-lain masalah.

Potensi Untuk Mendapatkan Anak Kembar


Menurut kajian, kebarangkalian untuk wanita asia melahirkan anak kembar adalah rendah iaitu pada kadar 1 % - 2% berbanding wanita Afrika antara 1% - 4% dan wanita Amerika dan Eropah pada kadar 1% - 3%.

Pasangan suami isteri yang mempunyai susur galur keluarga yang mempunyai kelahiran anak kembar terumtama sebelah isteri berkemungkinan besar turut berpotensi untuk melahirkan anak kembar kerana kelahiran anak kembar ini bersifat keturunan iaitu bawaan gen ibu dan bapa.

Ada juga para doktor mengatakan bahawa seseorang wanita atau ibu yang sudah melahirkan 4 orang anak sebelumnya, berpotensi untuk mendapatkan anak kembar. Begitu juga mereka yang hamil pada usia 40 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku.

Tips Mendapatkan Anak Kembar.


Seorang doktor sakit puan, Dr. Hamid Arshad, berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan anak kembar dan juga wanita wanita yang berpotensi untuk melahirakan anak kembar di laman facebooknya bagi mereka yang menginginkan anak kembar.

Di bawah adalah beberapa tips yang di kongsikan oleh Dr Hamid Arshad.

1. Amalkan vitamin dan asid folik.
Mereka yang mempunyai tahap kesihatan terbaik dan makan berzat dan berkhasiat serta mengamalkan makan makanan tambahan seperti vitamin dan asid folik lebih berpeluang untuk hamil kembar.

2. Makan keladi dan ubi.
Orang-orang asli di Africa yang makan keladi dan ubi didapati mempunyai peluang melahirkan kembar 4 kali ganda lebih tinggi daripada orang lain.

3. Hormon kesuburan.
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil kesuburan clomid mempunyai peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang mengambil suntikan hormon gonadotrophin mempunyai peluang untuk memiliki kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlakunya kembar 4 atau lebih dan perkara ini meyebabkan risiko keguguran yang tinggi.

4. Rawatan IUI dan IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih tinggi untuk mendapatkan kembar.

Sumber :
https://www.facebook.com/hamidarshat45/photos/a.175387909181916.50349.119929718061069/1076079905779374/?type=3
loading...