Kisah Sebenar Di Sebalik Penutupan Pusat Tahfiz Amal
Di Kedah

Pendedahan sebenar punca penutupan Pusat Tahfiz Amal, kedah


Beberapa hari lalu viral sebuah video sedih tentang penutupan sebuah pusat tahfiz di kedah iaitu Pusat Tahfiz Amal yang mendapat perhatian ramai nitizen.

Tonton 3 video sedih penutupan Pusat Tahfiz Amal di Kedah yang viral baru baru ini.




Sekali lihat kepada video tersebut atau yang tidak tahu perkara sebenar di sebalik mengapa Pusat Tahfiz Amal yang berlokasi di Kedah ini di arah ditutup pasti membuat ramai rakyat Malaysia sedih dan dalam masa yang sama menaikkan kemarahan kepada kerajaan khususnya kerajaan negeri.
Ini mungkin kerana Pusat Tahfiz tersebut berperanan membela dan memberi perlindungan kepada ramai anak anak yatim.



Tetapi apa sebenarnya yang berlaku sehingga Pusat Tahfiz Amal tersebut di arahkan tutup?
Di bawah adalah petikan daripada Harian Metro berkaitan isu penutupan Pusat Tahfiz Amal, Kedah.

***********

KERAJAAN negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.

Selain itu, katanya, ia turut dipercayai beroperasi sebagai pusat rawatan amal serta menggunakan taktik licik menipu pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengaut keuntungan.

“Pengusaha pusat tahfiz amal ini menggunakan taktik licik sering bertukar premis dengan mendaftar nama baharu setiap kali selepas tindakan diambil pihak berkuasa.

“Ia menyukarkan kerajaan negeri untuk membanteras tindakan eksploitasi pelajar meminta derma sambil menjual produk dan menggunakan agama, jadi saya minta orang ramai jangan mudah terpedaya dan percaya cerita video tular baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Semalam, tular dalam aplikasi WhatsApp satu video berdurasi 3 minit 37 saat yang antara lain memaparkan tulisan ‘211 anak yatim fakir miskin diarah kosongkan penempatan’ selain merakamkan keadaan kanak-kanak perempuan menangis apabila mereka kena berpindah keluar.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pusat tahfiz itu dikesan mengeksploitasi kira-kira 120 pelajarnya termasuk 11 anak yatim di situ dengan mengarahkan mereka meminta derma sambil menjual produk.

Katanya, JKM akan mengambil 11 pelajar yang terdiri daripada anak yatim manakala 109 lagi yang semuanya berusia bawah 12 tahun diserahkan semula kepada ibu-bapa masing-masing.

“Pusat tahfiz ini mula beroperasi pada 2005 di atas tapak Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah namun tidak berdaftar sebelum kita mengambil tindakan arah tutup.

“Bagaimanapun, pusat terbabit masih beroperasi dan didapati menukar nama kepada Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bestari serta menjalankan kegiatan jualan seperti biasa.

“Pada 28 Januari 2014, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengeluarkan surat untuk mengarahkan pusat terbabit menghentikan operasi dan aktiviti jualan oleh pelajar namun mereka dikesan berpindah ke lokasi baharu di Kampung Permatang Alor Ibus, Jalan Yan, terbaharu lokasi mereka di Taman Zamrud, Pekan Baru, Sungai Petani ” katanya.

Notis penutupan Pusat tAHFIZ AMAL
Notis Penutupan Pusat Tahfiz Amal Yang Di keluarkan Pada 2014

Sumber : Hmetro

Rakaman Video Sidang Media Khas Berkaitan Isu Pusat Tahfiz Amal, Kedah



*************

Pernah korang terjumpa budak budak yang jual jual barang seperti yang di perkatakan?
Admin pernah jumpa.. 2 3 kali juga di stesyen minyak.. jual minyak angin. Antara 2.. Beli produk atau derma... kita yang kesian pasal diorang ni anak yatim, nampak pula macam betul siap ada resit menunjukkan pusat tahfiz diorang tu, hulur la setakat yang ada.. Rupanya... Adoii...

Tapi hebat juga para 'ustaz' dan 'ustazah' di Pusat Tahfiz Amal ni latih budak budak tu.. dalam video tu nangis nangis kalau yang tengok nya pun ikut nak nangis...

Pada video video yang di post di Facebook tersebut, ada beberapa individu yang menceritakan perkara sebenar berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni sebelum berita pendedahan ekploitasi kanak kanak oleh Pusat Tahfiz Amal ini di bongkar.. Tapi biasalah bila di Facebook, orang fokus pada post, tak fokus pada komen... Di bawah komen yang admin maksudkan...

*******************

SUSULAN VIDEO ANAK YATIM MERAYU SUMBANGAN -
PENDEDAHAN BERANI OLEH USTAZ KAMARUDDIN.

"HATI2 YA.....JANGAN KENA TIPU... "
MAKLUMAT PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) atau PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI atau PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BISTERI.

Mereka tular rayuan bantuan anak yatim miskin dalam media sosial atas nama PUSAT RAWATAN AMAL, apabila berurusan secara rasmi dengan PEJABAT AGAMA DERAH KUALA MUDA, mereka guna atas nama PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI (PPLAB) – rujukan daftar PPM-001-02-07042014 di bawah ROS pada 7 April 2014, di alamat KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Manakala berurusan secara rasmi dengan JKM Sungai Petani pula, mereka guna nama PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BESTARI yang didaftarkan di bawah SSM pada 23/7/2017 (Asrama anak yatim miskin). Aduan orang ramai kepada JKM pula atas nama PUSAT RAWATAN AMAL. Sebenarnya tidak ada rekod surat menyurat atas nama PRA.

Nama ini (PRA) tidak pernah digunakan ketika berurusan dengan JKM dan juga tidak pernah wujud nama PRA ketika mereka berurusan dengan Pejabat Agama. Mereka masih gagal untuk menyerahkan dokumen yang diminta oleh JKM dan Pejabat Agama. Dokumen yang diminta antaranya ialah dokumen anak2 yang tinggal di pusat tersebut. Jika anak yatim, mistilah ada salinan sijil mati ayah. Juga lain-lain dokumen bukti alamat dalam sijil lahir anak2 ini berasal dari negeri mana.

Sebelum ini nama Pusat Tahfiz Amal Bestari, yang menjadi Pengetua ialah HAJI MUSLIM AB KARIM. Setelah beliau ditangkap dan dipenjara dan kini mereka tukar nama Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bestari dan pengetua baru Zainal Abidin bin Haji Abu Samah. Mereka ini berasal dari kumpulan ARQAM yang diharamkan oleh kerajaan.

Apabila arqam diharamkan, mereka tubuh kumpulan baru bernama Al-Mansor. Semasa mereka bergerak atas nama Al-Mansor, bermulalah Pusat Tahfiz Amal di Bandar Amanjaya Sungai Petani. Budak-budak ini kononnya anak yatim miskin dihantar untuk punggut derma di seluruh Negara.

Apabila pihak berkuasa menggambil tindakan, mereka tukar strategi kepada jualan amal. Selepas itu mereka berpindah ke KM 17, Kampung Permatang* Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. 
Ada 2 surat dari Jabatan Agama dihantar supaya pusat tersebut ditutup tetapi mereka masih bertahan sehingga perjanjian sewa tanah dengan tuan tanah tamat dan mereka diusir keluar. Akhirnya mereka berpindah ke Taman Pekan Baru, Sungai Petani dalam Kariah Masjid Taman Intan. Kesah mereka ini tidak perlu saya detailkan sebab boleh menulis sebuah buku.

Ada dua kumpulan pecahan ARQAM tapi saya hanya fokus kumpulan Al-Mansor yang telah difatwakan ajaran sesat. Kini mereka tidak lagi menggunakan nama Al-Mansor untuk bergerak. Semasa peringkat awal wujudnya pecahan kumpulan ini dari ARQAM, mereka tubuh Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Ketika itu mereka menggunakan anak-anak mereka (anak-anak ahli) untuk punggut derma seluruh Negara. Ketua mereka adalah Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.

Pengetua Pusat Tahfiz Amal, Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.
Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.

Selepas itu mereka berpindah PUSAT TAHFIZ AMAL di alamat KM 17, Kg. Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya Sungai Petani dijadikan pejabat YAYASAN HANG TAWI yang dipengerusikan oleh Raja Azhar bin Raja Wahab. 
Saya harap kalian di luar sana, jika ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai isu PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) ini terus berhubung dengan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Sungai Petani dan JKM Sungai Petani. Tanya sendiri isu ini dan apa tindakan yang telah mereka lakukan dan akan lakukan.

PERHATIAN :
1. Gunakan kemahiran siasatan dan bertindak secara profesional
2. Turun padang ambil tahu
3. Jangan mudah tular sebarang isu sebelum sahkan
4. Jangan mudah simpati sebelum maklumat tersebut ditularkan
5. Jumpa agensi yang terlibat untuk pastikan isu ini. Jabatan Agama & JKM rujukan utama 
Mereka gunakan Ayat Al-Quran dan Hadis untuk mendapat simpati masyarakat. 
Sedikit sejarah penempatan belajar di SK Taman Intan. Pada 6 Ogos 2017 pihak sekolah, SK Taman Intan menerima seramai 117 orang pelajar yang tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Mereka ini hanya belajar pendidikan sendiri di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari sendiri.

Satu majlis telah diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dari Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari (PPLAB) ke Sekolah Kebangsaan Taman Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Jasni bin Md Kechik dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid, Encik Mohd Shakib bin Mohd Salleh

Malah turut dihadiri oleh Pegawai Pejabat Daerah Kuala Muda, Encik Mahadhir bin Ismail, Encik Ahmad bin Hashim dan Puan Zuraida binti Zakaria. Turut hadir bersama pemangku Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari, Encik Zainal Abidin bin Abu Samah, oleh sebab Pengetuanya Haji Muslim bersama isteri ditangkap polis. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Norsuyani binti Mohd Noor dan Puan Azizah binti A. Razak, Pegawai Perhubugan Sekolah (PPS) Siti Salmah binti Shaik Saim dan Sarjan Samsudin bin Ismail (Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Daerah Kuala Muda).

Pada tahun ini 2018, murid-murid daripada PPLAB adalah seramai 120 orang, 119 daripada aliran perdana dan seorang daripada kelas pendidikan Khas iaitu Nur Saidatul Syazia binti Azfar, OKU Kategori Pembelajaran Lembam.

DATA MURID MENGIKUT KELAS SK TAMAN INTAN:
1A lelaki 9 orang, perempuan 13 orang. 2A lelaki 6 orang, perempuan 9 orang. 3A lelaki 11 orang, 13 perempuan. 4A lelaki 4 orang, perempuan 11 orang. 5A lelaki 15 orang, perempuan 9 orang. 6A lelaki 10 orang dan perempuan 9 orang. Intan 1 (PPKI) perempuan 1 orang.
Bangunan yang mereka guna hari ini perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 1 Januari 2017 (three (3) years.

Sewa bulanan RM14,000 sebulan.
Deposit RM42,000 (Ringgit Malaysia Forty Two Thousand only).
Stamping Date (03/10/2017) LHDN sebanyak RM1,326.00 Address – No. 959-972 (registered owner of all that fourteen (14) units of double storey), Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Mudir Tabib Pusat Rawatan Amal Ustaz Razif mengatakan Encik dan kawan-kawan Encik yang masih menabur benih fitnah dan umpatan. Malam ini InsyaAllah dibaca yasin khusus dan doa hajat untuk encik dan mereka. Macam-macam kata-kata mereka melalui media social menuduh pihak saya membuat fitnah. Mereka masih tidak mejawab perntanyaan saya, pejabat agama, JKM dan SK Taman Intan, minta maklumat sijil kematian ayah (jika anak yatim), salinan KP ayah ibu, salinan sijil nikah, salianan Mykid dan salinan dokumen hak penjagaan. Banyak lagi maklumat yang diperlukan sebagai bukti setakat ini mereka masih gagal sediakan. Kesimpulan budak-budak ini adalah anak-anak ahli dan anak-anak mereka sendiri.

*SEKARANG INI MEREKA BERGERAK KE SELURUH NEGARA ATAS NAMA ‘SEDEKAHLAH ENTERPRISE @ CIMB* 8603280292’

Hasil Siasatan Awam:
Ustaz Kamaruddin Kassim,
Presiden,
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia(UNGGAS MALAYSIA)

loading...