Cara Dan Panduan Yang Betul Mengisi e-Filing Cukai Pendapatan

Panduan Mengisi E-Filling Cukai Pendapatan


Boleh buat sendiri depan laptop atau handphon. kalau takde, pergi je dekat LHDN berdekatan. Diorang sediakan komputer khas. Boleh tanya terus kalau tak tahu.

Jom, saya share langkah-langkah untuk borang BE (tanpa perniagaan):

Langkah 1: Log masuk ke ezhasil. Macam online banking, siap ada frasa keselamatan sebelum masukkan password. Pastikan check tu kita punya ke bukan.
Jika anda pertama kali login, anda perlu mendaftar sebagai pembayar cukai terlebih dahulu untuk mendapatkan No Pin di cawangan LHDN yang berdekatan.


Langkah 2 : klik pada e-filling kemudian e-borang

Panduan Mengisi E-Filling Cukai Pendapatan

Langkah 3: Pilih tahun taksiran. ie:2017. Dia akan bawa anda ke tab baru


Langkah 4: Kemaskini dan semak maklumat peribadi. Termasuk maklumat bank dan nombor akaun in case anda layak mendapat refund


Langkah 5: Isi maklumat pendapatan anda

Panduan Mengisi E-Filling Cukai Pendapatan

Langkah 6: Isi pelepasan cukai. Tak tahu? Refer nota. Kat sini yang paling PENTING. Boleh kurangkan cukai dan secara tak langsung menambahkan lebihan cukai untuk digunakan semula.


Langkah 7: Semak rumusan. Ni paling best! Boleh tengok kita ada dapat lebihan cukai ke tak. Ada yang dapat refund beribu tau!

Langkah 8: Sahkan borang taksiran anda.


Kredit : Ifa Amir via era.je
loading...