Tips Asas Penjagaan Enjin Kereta


Tips asas penjagaan enjin kenderaan

Tak semua orang tahu cara untuk menjaga enjin kenderaan terutama perempuan. Ops.. Lelaki pun bukan semua tahu ter. Kebanyakan orang hanya tahu tukar minyak hitam atau minyak enjin bila sampai waktu. Itu pun main agak agak je bila masa nak tukar. Rasa dah agak lama tak tukar, tukar. Rasa baru tukar, tak tukar..

Admin pun tak la tahu sangat pasal enjin. Tak tahu langsung pun.
Di bawah admin kongsikan tips tips asas penjagaan enjin kenderaan yang admin jumpa di internet.
Yang jenis nak enjin kereta tahan lama tu bolehlah take note ye. hehe

*************************

Minyak hitam
Minyak hitam bukan sintetik tukar setiap 5,000 KM atau 3 bulan. Ikut mana datang dulu.
Minyak hitam sintetik, tukar setiap 7,500 KM ~ 10,000 KM
Dan pastikan paras minyak hitam dalam paras yang baik.

Oil Filter
Bila tukar minyak enjin, pastikan anda tukar sekali Oil Filter

Spark Plug
Boleh pakai sehingga 30,000 ~ 40,000 KM. Elakkn lebih 40,000 KM, takut electrod nipis.

Timing Belt.
Mengikut jenis kenderaan. Bila tukar Timing Belt, biasanya mekanik tu akan letak sticker untuk penukaran seterusnya. Follow jadual tu. Timing belt yang dah kelihatan merekah atau ada retak retak, sila tukar dengan segera.

Fuel Filter
Tukar setiap 40,000 KM.

Bateri Kereta
Boleh  tahan sehingga 18 bulan ke 2 tahun bergantung kepada jenis bateri dan kadar penggunaan.

Minyak Gear.
Untuk gear manual di sarankan tukar setiap 60,000 KM

Automatic Transmission Fluid (ATF)
WAJIB TUKAR tak lebih dari 30,000 KM. Jika tak tukar boleh merosakkan Gear Box Auto. Gear box rosak, sila lah menangis kalau tak cukup fulus.

Clutch Plate
Tukar bila berlaku "Clutch Slipping" (Tiada Pick Up atau pick up lambat) atau setiap 100,000 KM.

Brake Fluid
Ganti baru setiap 60,000 KM

Penapis Udara
Tukar atau bersihkan setiap 20,000 KM

Radiator Coolant
Tukar setiap 60,000 KM

Power Steering Fluid
Tukar setiap 60,000 KM

Water Pump
Tukar setiap kali penukaran timing belt kedua.

Jadi kepada korang yang ada kereta tu, nak enjin korang tahan lama, tak cepat meragam, dan yang paling penting tak membuatkan poket korang kopak. Sila la jaga enjin korang mengikut tips tips asas penjagaan enjin kereta yang admin kongsi ni ye.
loading...