Hilang Berat Badan 20KG Dalam Tempoh 2 Bulan Hanya Dengan Minum Air Putih
Gadis Ini Membuktikannya Dan Berkongsi Caranya

Gadis Ini Berkongsi Tips Menurunkan Berat Badan Hanya Menggunakan Air Putih

Gadis yang bernama Luchie De Leon ini telah berkongsikan bagaimana dia berjaya mengurangkan berat sebanyak 20kg dalam masa 2 bulan menerusi Facebook.

Luchie yang dahulu beratnya mencecah 63kg berkata, dia nekad memulakan dietnya ini selepas penat berusaha untuk kurangkan berat badan dengan cara berjogging dan mengurangkan pengambilan makanan, yang mana tidak membuahkan hasil buatnya.

Dia memulakan diet dengan 'hanya minum air putih' sahaja selepas membaca tentang manfaat air putih, yang ternyata berhasil lebih-lebih lagi kerana Luchie sendiri mengaku dia jarang ke gym dan jarang mengambil minuman manis dan berkarbonat.

turunkan berat badan hanya dengan air putih

Berikut adalah beberapa tips yang dikongsikan Luchie:

1. Minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sebelum makan.

2. Setiap kali perut terasa lapar, minumlah air putih. Jika dalam jangka masa 10 minit rasa lapar itu masih ada, itu tandanya tubuh anda memang memerlukan makanan maka makanlah dalam jumlah yang sedikit. Tetapi jika rasa lapar itu sudah hilang selepas 10 minit, itu bererti anda sebenarnya hanya dahaga dan bukan lapar.

3. Adalah lebih baik jika anda meletakkan sedikit perahan lemon di dalam air putih  anda untuk menyahtoksik badan anda.

4. Boleh juga campurkan sedikit hirisan halia dalam campuran air putih dan lemon tadi kerana ianya elok untuk membuang angin dalam badan.

Terdapat beberapa orang yang menyatakan kepada Luchie bahawa pengamalan dietnya itu membuat mereka berasa kembung badan dan kerap hendak ke tandas

Luchie mengaku pada awalnya dia turut berasakan sedemikian namun lama-kelamaan badannya mula terbiasa dengan dietnya itu dan telah menunjukkan hasil dalam masa yang singkat.

Untuk anda yang mengalami masalah berat badan, boleh lah mencuba tips dari Luchie ni.
Semoga berjaya mendapat berat badan dan bentuk badan yang ideal.

turunkan berat badan hanya dengan minum air putih


**************************

Banyak manfaat air putih ni. Bukan sekadar untuk menurunkan berat badan.
Para doktor juga menyarankan mengamalkan 7 ke 8 gelas air putih sehari untuk kesihatan.

loading...