Video Dan Gambar Kes Tembakan Maut Di Setapak Central


Kes tembakan di setapak central

Kes Tembakan Maut Di Setapak. Seorang lelaki ditembak 16 kali sehingga mati dalam satu insiden dekat Setapak Central pada petang Rabu.

Pada pukul 3.35 petang, seorang pemberi pinjaman wang berusia 43 tahun yang juga bapa kepada tiga orang anak sedang memandu bersendirian dekat sebuah pusat beli belah apabila didatangi empat lelaki yang menaiki motosikal.

"Mereka mendekati kereta mangsa dekat lampu isyarat.

Kes Tembakan Maut Di Setapak. Seorang penembak pergi ke arah kiri kereta dan seorang lagi di sebelah kanan sebelum melepaskan beberapa das tembakan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC), Rusdi Mohd Isa pada sidang media di Balai Polis Setapak.

Beliau berkata penembak di sebelah kanan kereta mangsa melepaskan tiga hingga empat tembakan manakala 12 lagi tembakan dilepaskan seorang lagi suspek.

NAK CARI DUIT SAMPINGAN? KLIK SINI

Kes Tembakan Maut Di Setapak

Kesemua suspek melarikan diri menggunakan motosikal selepas insiden itu. Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kaki.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan untuk bertemu saudara di kawasan berhampiran.

Kes Tembakan Maut Di Setapak. "Ahli keluarga mangsa mengesahkan identitinya," kata Rusdi. Ketika ditanya sama ada tembakan itu berkaitan kumpulan tertentu, Rusdi berkata 'ada kemungkinan'.

Gambar foto dan Video kes tembakan maut di Setapak Central






loading...