11 Fakta Dan Bahaya Virus Zika


Fakta dan bahaya virus zika

Apakah virus Zika dan bahayakah virus ini?
Waktu mula mula admin dengar tentang Virus Zika ni macam agak pelik.. Virus apa tu? Dari bakteria mana pula? Apa kesan kalau terkena Virus ni?? Kemudian baru la admin tahu virus ni lebih kurang macam denggi yang berpunca dari nyamuk Aedes.. Yang lebih pelik kalau terkena virus ini, effect kepada kandungan yang menyebabkan otak bayi mengecil... Dan boleh menyebabkan kematian...

Jadi admin pun cari  cari la maklumat tentang virus Zika ni..
Di bawah adalah fakta mengenai Virus Zika yang kian merebak ini..

 1. Sudah ada 500,000 orang di Brazil dijangkiti virus ini.
Virus Zika berlaku sejak pertengahan tahun 2015. Sekurang-kurangnya kira-kira 500,000 penduduk dijangkiti virus ini.

2. Penyebaran Zika bertepatan dengan peningkatan jumlah bayi pesakit microcephaly.
Penyebaran Zika bersamaan dengan peningkatan mendadak jumlah bayi yang menderita microcephaly yang merupakan suatu keadaan di mana otak janin tidak membesar dengan sempurna.
Bayi lahir dengan kepala abnormal dan bersaiz kecil.

Kesan virus zika kepada bayi


3. Virus Zika pencetus bayi lahir cacat serius
Virus Zika merupakan sebuah virus baru yang menghebohkan dunia. Banyak janin yang mengalami keguguran dan meninggal dunia semasa kelahiran atau setelah kelahirannya.

4. Bagaimana gejala saat diserang virus Zika?
Serangan virus Zika ditandai dengan adanya gejala seperti ruam, demam, rasa sakit pada sendi, dan mata merah, sakit otot serta sakit kepala. Sebabnya, serangan virus Zika hampir serupa dengan serangan virus Denggi dan Chikungunya. Parahnya lagi, kira-kira satu daripada empat orang yang dijangkiti virus ini boleh jadi tak sedar.

5. Virus Zika didapati dari seekor monyet
Virus Zika merupakan flavivirus kumpulan arbovirus bahagian dari virus RNA. Virus ini pertama kali diasingkan tahun 1948 dari monyet di Hutan Zika Uganda. Virus Zika sendiri rasanya memang seperti nama hutan tempat di mana virus ini berjaya diasingkan. Seterusnya beberapa negara Afrika, Asia khususnya Asia Tenggara, Micronesia, Amerika Latin, Caribbean melaporkan penemuan virus Zika ini.



6. Nyamuk dari genus Aedes ditegaskan jadi pembawa Virus Zika.
Virus Zika disebarkan oleh nyamuk bergenus Aedes aegypti dan Aedes albopictus.

7. Jangkitan virus Zika tidak menyebabkan penurunan platelet.
Dari pemeriksaan makmal sederhana, serangan virus Zika hanya menunjukkan penurunan kadar sel darah putih dan tidak menyebabkan penurunan kadar platelet.

8. Virus Zika menyebar semakin banyak di musim hujan.
Lembaga Penyelidikan juga memberikan laporan kepada Kementerian Kesihatan bahawa virus Zika ada di Malaysia. Virus Zika boleh menyerang kita di musim hujan.

9. Virus Zika sangat berbahaya bagi wanita hamil.
Virus Zika bukan hanya berbahaya bagi wanita hamil, tetapi juga orang dewasa lain. Virus ini menyerang sistem saraf dewasa dan menyebabkan keradangan akar saraf di tulang belakang. Hal ini akan mencetuskan gangguan saraf yang menyebabkan kelemahan otot yang bermula pada kaki yang kemudian merebak ke lengan dan wajah.

10. Sehingga sekarang belum ada vaksin untuk virus Zika.
Sampai saat ini belum ada vaksin untuk virus Zika. Maka dari itu, sebaiknya masyarakat dunia tetap waspada dan melakukan pencegahan. Kerana memang sampai sekarang belum ada vaksin untuk mengatasi virus ini.

11. Pencegahan Virus Zika
Salah satu langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan sumber pembiakan nyamuk serta mengurangkan hubungan dengan haiwan ini. Caranya boleh dengan menggunakan ubat nyamuk, pakaian yang melindungi sebahagian besar tubuh dan sebaiknya berwarna terang, dan tidur menggunakan kelambu.


loading...