4 Menteri Besar BN Bakal Di Tukar


4 Menteri Besar BN bakal ditukar

Petaling Jaya : Menteri  Besar Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan berkemungkinan besar ditukar ketika BN bersiap sedia untuk pilihan raya umum, menurut satu laporan media.

Spekulasi tercetus selepas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan hasrat mahu bersara. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula akan ditukar atas alasan kesihatan.
Menteri Besar Terengganu pula, Datuk Seri Ahmad Said akan ditukar kerana masalah perebutan kuasa antara penggantinya, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO, mahu menteri besar bagi ke empat empat negeri terbabit di tukar bagi melancarkan jentera BN di negeri terbabit. Menurut sumber yang tidak dinamakan Sunday Star.

Masalah perebutan kuasa yang berlaku di Terengganu menyebabkan negeri itu dalam bahaya 'terlepas ke tangan PAS' menurut laporan tersebut.

Laporan itu juga berkata perubahan perlu dilakukan memandangkan pilihan raya umum akan datang menjadi penentu nasib Najib dan BN.

Najib akan mengemukan rangcangannya kepada perwakilan UMNO di perhimpunan agung parti itu tahun ini. - FMT

******************************************************
loading...