Viral Video Malaikat Muncul Di Langit. Ini Cerita Sebenar.

Gempar Video Malaikat Muncul Di Langit


Baru-baru ni viral tentang video penampakan 2 malaikat di langit yang menjadi bualan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Tak lama selepas pakar seluruh dunia sepakat mengatakan ianya adalah palsu, berikut pula komen Dr Hafidzi.

Sebab itu jgn ambil serius sgt benda benda magic ni dan menyebarkannya. Kalau kita dengar ttg perjuangan orang dulu di nusantara ni pun banyak cerita ‘magik’. Dia jadi subur bahkan magiknya bertambah tambah magiknya semakin lama masa berlalu kerana orang kita obsessed benda macam ni.

Cerita wali songo yg magik menenggelamkan dakwah dan jihad mereka. Akhirnya orang ‘tahu’ tentang mereka ttg magik atau keramat mereka yg kalau ada kebenarannya pun ditokok tambah sehingga ke tahap karut. Cerita magik macam ini tdk pernah dicerita oleh Al Qassam atau pejuang hamas yg berada di medan. Bahkan Nabi saw dan para sahabat yg jelas jelas dibantu oleh malaikat dlm Perang Badar pun tak ada pula sibuk cerita nampak malaikat cantas kepala orang kafir quraish.

Sebab itu saya tunggu sahaja orang mendedahkan perkara ini sebagai hoax. True enough. Agama Islam itu dimenangkan oleh ikhtiar dan tawakkal sungguh sungguh. Dengan itulah datangnya nasrullah (pertolongan Allah) dalam pelbagai bentuk.

Sumber

***********************************

Masih tak faham? Ayat mudah dia..
Video tu adalah palsu dan dibuktikan kepalsuannya dan orang yang buat video tu pun dah mengaku. Mereka ni pakar buat filem pendek. Tahun 2014 lagi mereka buat tapi tiba-tiba je jadi viral baru-baru ni.

Jangan cepat sangat taksub dengan benda benda yang tak sahih.. Dah tu sangkut pautkan dengan agama... Terakhir jadi bahan ketawa orang lain sebab cepat sangat percaya benda yang tah apa apa.

loading...