6 Cara Didik Anak Menabung Dan Bijak Mengurus Wang

Cara Didik Anak menabung

Menabung adalah satu amalan yang baik,
Bukan sahaja amalan yang baik, malah ianya dapat menjamin masa hadapan yang lebih baik apalagi di tambah dengan pengaturan kewangan yang baik.

Hari ini hanya segelintir kecil sahaja rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan menyimpan atau menabung wang dan tahu cara untuk mengurus kewangan berbanding rakyat Malaysia yang hanya tahu berhutang =p

Walaubagaimanapun, untuk membentuk amalan menabung, perlu dipupuk dari kecil sehingga ianya dapat dijadikan satu kebiasaan terutama kepada anak anak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk amalan menabung ini. 

Apakah cara yang baik untuk membentuk anak anak menabung dan bijak mengurus kewangan? 
Di bawah beberapa cara yang boleh di amalkan. 

1. Permainan (Monopoly/Saidina) 

Sesuai dengan lumrah anak-anak yang gemar bermain, anda boleh berikan mereka permainan yang membina minda mereka daripada segi kewangan.

Di antaranya adalah permainan Monopoly dan Saidina. Permainan sebegini akan menjadikan fikiran mereka lebih terbuka tentang aliran duit. Ianya juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak anak-anak anda.

2. Pemberian Wang Belanja Sekolah

Ubah cara penyediaan duit belanja sekolah kepada anak-anak anda. Jika sebelum ini anda memberikan mereka duit belanja sekolah pada setiap hari, tukarkannya kepada seminggu sekali secara bertahap. Berikan duit belanja 2 hari sekali, kemudian 3 hari sekali sehingga seminggu sekali.
Sekiranya gagal, berikan denda dengan mengurangkan wang belanja mereka.
Ajarkan juga wang belanja tersebut hanya untuk wang minum juga makanan di sekolah, terangkan pembahagian pembahagian wang belanja mereka tadi misalnya wang minum, berapa, wang makan berapa. Sekiranya berjaya, berikan mereka ganjaran seperti membelikan permainan kepada mereka

Ajar juga lebihan duit (sekiranya ada) dimasukkan dalam tabung simpanan.

3. Pemberian Upah

Didik anak anda supaya tidak hanya tahu mendapatkan wang dengan hanya meminta.
 Jika mereka meminta wang, minta mereka melakukan sesuatu dahulu seperti mengemas rumah, mengurut anda atau apa apa yang sesuai.
Setelah selesai tugasan dilakukan, barulah berikan mereka wang.

Anda juga boleh mengajar anak anda menabung dengan kaedah ini, Misalnya jika anda mahu mengemas rumah, memasak atau mencuci kereta, panggil anak anda bantu anda, setelah selesai, berikan mereka upah atas bantuan mereka tadi dan beritahu mereka ini upah atas bantuan mereka. Minta mereka simpan wang tadi di dalam tabung mereka sendiri.

4. Pecahan Tabungan

Buatkan tabungan khas untuk anak anda supaya mereka tahu membahagikan wang wang tabungan mereka. Misalnya tabung untuk membeli pakaian, tabung membeli permainan, tabung untuk berjalan jalan.

  5. Bawa Anak Membeli Belah

Satu cara lagi adalah dengan membeli barangan keperluan bersama-sama, sambil membantu mereka dalam membuat pengiraan kos dan sebarang keputusan pembelian. Nak mudah berikan senarai barangan dan minta mereka bantu anda membeli barang keperluan dengan jumlah wang yang disediakan.

Biarkan mereka mengambil sendiri barang tersebut (pastikan yang mudah dicapai) . Jika anak telah tahu mengira, anda boleh minta anak membuat pembayaran di kaunter.

6. Bawa Anak Ke Bank
Sudahkah anak anda mempunyai akaun simpanan? Jika belum selepas hari raya adalah masa terbaik untuk bawa anak ke bank dan buka akaun (pastikan akaun Islamik). Terangkan bagaimana dividen yang diperoleh akan membuatkan duit mereka bertambah.

Bagi menarik minat mereka tentang simpanan, belikan mereka tabung yang mempunyai bentuk yang menarik. Apabila penyata akaun diterima, tariklah perhatian anak-anak anda dengan menekankan betapa duit mereka sudah makin bertambah. Lama-lama tabiat menyimpan ini pastinya akan membantu mereka di masa depan.

loading...