Khasiat Halia Dalam Kecantikan Dan Kesihatan Wanita

Khasiat dan kebaikan halia untuk wanita

Jika sebut kecantikan, ianya adalah aspek yang paling dititik beratkan oleh kaum wanita..

Halia memang terbukti punya banyak khasiat lebih-lebih lagi buat kaum wanita  yang sudah berkahwin. Antaranya ia mampu membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi.

Berikut antara manfaatnya.

1. Buang Angin
Halia membantu membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan minum. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan dapat dibuang dan badan pun kembali segar, ringan dan bertenaga.

2. Redakan Tekanan & Naik Seri Wajah
Amalan minum air halia dengan madu setiap hari dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman badan. Ia mampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan perjalanan darah sekaligus menyerlahkan kecantikan semula jadi. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.

3. Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semula jadi. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan. Caranya dengan menghiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, minum ketika perut kosong dan amalkan setiap hari.
Ini kerana campuran air halia tadi dapat mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

4. Atasi Masalah Pencernaan
Jika mengalami masalah percernaan seperti perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia berkesan untuk mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.

5. Hilangkan Bau Badan
Baru badan adalah sesuatu yang memalukan terutama bagi kaum wanita. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.

6. Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit. Sekaligus memperkuatkan sistem imun dalam tubuh.

7. Menghangatkan Ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.

Banyak kelebihan halia ni untuk kesihatan dalaman tubuh.Jadi tak rugi jika diamalkan selalu.

Semoga bermanfaat!


loading...