Sejarah Asal Usul Rokok


Anda seorang perokok?
Anda tahu bahaya merokok dan kesan buruk merokok kepada perokok dan juga kepada penghidu asap rokok?
Tetapi ramai tidak tahu sejaah dan asal usul dari mana datangnya rokok...

Hanya sebagai menambah pengetahuan kita, tidak ada salahnya kan kita mengetahui sejarah dan asal mula rokok tersebut.

Sejak 4000 tahun dahulu, saintis berpendapat bahawa penduduk tempatan di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau. Kemudiannya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492.

sejarah dan asal usul rokok

Ketagihan merokok bermula di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880. Dalam dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan merokok itu sendiri adalah haram di sisi agama Islam kerana ianya memudaratkan tubuh dan kesihatan.

Sehingga akhir abad ke-15 tidak ada yang tahu tentang tanaman tembakau ini kecuali penduduk pribumi Amerika. Penggalian arkeologi telah menunjukkan bahwa 4000 tahun yang lalu, dan mungkin sebelumnya, suku Indian Amerika Utara telah menggunakan tembakau. Dalam peradaban kuno asap tembakau dihubungkan dengan hal-hal perubatan (ilmu ghaib)

Perkatan "Tobacco" (tembakau) dipercayai berasal dari nama pulau "Tobago". Columbus yang semasa berada di pulau Tobago tersebut di katakan bertemu dengan orang tua yang sedang merokok atau disebut dengan “Injun”, lalu penduduk setempat menawarkan rokok kepada Columbus untuk di cuba, Colombus tidak hanya mencuba menghisap rokok tembakau tersebut tetapi juga mengambil daun tembakau yang dimiliki penduduk setempat untuk dibawa pulang. Selanjutnya, orang-orang Sepanyol dan Portugis membawa daun dan biji tembakau ke Eropa kemudian orang-orang Eropa juga mulai menanam tembakau tersebut.

Pada 1560, Duta Besar Perancis di pengadilan Portugis yang bernama Jean Nicot mengirim beberapa tembakau kepada Ratu Catherine de Medici, dia merekomendasikan tembakau sebagai ubat untuk mengubati migran (sakit kepala sebelah). Setelah cara ini berkesan, tersebarlah berita akan kebaikan tembakau ini.


Bermula pada pertengahan abad ke 16, tembakau semakin dikenali sebagai tanaman ubat, hampir sebagai obat mujarab. Pelbagai cara dan kaedah digunakan di dalam memanfaatkan tembakau ini sebagai ubat antaranya menghidu bau tembakau, merokok, dikunyah, dicampur dengan berbagai bahan dan digunakan untuk merawat selsema, sakit kepala, sakit gigi, kulit dan penyakit menular.

Pada tahun 1611, sebuah perkebunan di Virginia Inggris yang dimiliki oleh John Rolf mula mengimport tembakau ini dari Trinidad dan Venezuela, dan teknologi yang dipinjam dari Sir Walter Raleigh. Bahkan 8 tahun kemudian, John Rolf  mula mengekspor tembakau dari Virginia ke Inggris, dan John Rolf telah menetap di Dunia Baru dan mengahini putri kerajaan India yang memberikan pendapat untuk membuka perniagaan tembakau yang ketika itu di lihat tembakau dapat memberikan keuntungan yang tinggi.


“Old Joe” (Joe Tua) merupakan jenama rokok yang pertama kali muncul di dunia dan pertama kali muncul pada perusahaan rokok RJ Reynolds (Richard Joshua Reynolds) pada tahun 1913.

Camel – Salah satu jenama rokok, yang diakui di seluruh dunia dan telah menjadi standard kualiti universal. Kronologi industri tembakau Amerika dan sampai hari ini di bagi menjadi dua tempoh waktu utama yaitu sebelum “Camel” dan setelah “Camel”. Pencipta Camel dan kerajaan tembakau adalah RJ Reynolds Tobacco Company (RJR), Richard Joshua Reynolds turun dalam sejarah tidak hanya sebagai seorang pengusaha yang berjaya, tetapi juga sebagai pemasar berbakat.



Pada tahun 1920-an iklan rokok Unta mulai disiarkan, para wanita menjadi penggemarnya dan sangat menyukai rokok. Sebahagian besar disebabkan oleh gaya Unta menjadi simbol sekuler, kehidupan yang indah.

Secara amnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan Barat yang menjajah mereka. Kini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang mewah dan membanggakan.Anggapan palsu ini wujud apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang di siarkan melalui iklan- iklan media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok.


Jadi, sedarlah, merokok sebenarnya bukanlah suatu yang fitrah, ianya adalah disebabkan oleh propaganda serta pengaruh buruk yang dibawa oleh pihak barat ke dalam masyarakat kita. Berhentilah merokok.

loading...