Hak Undang Undang Untuk Pekerja Yang Ramai Tak Tahu Dan Tak Ambil Tahu

Hak Undang Undang Untuk Pekerja Yang Ramai Tak Tahu Dan Tak Ambil Tahu


Korang tau tak kerajaan Malaysia telah menyediakan Akta Pekerja 1955 untuk pekerja di Malaysia? Mesti ramai yang tak ambil kisah benda penting ni kan? Termasuklah admin... hehehe

Nak tahu hak anda sebagai pekerja?
Jom semak sama sama.

******************************************

1. Pembayaran Gaji
Pekerja harus di bayar bulanan mereka tidak lewat daripada hari ke tujuh selepas pembayaran gaji bulan lalu. Kadar gaji minima yang di tetapkan untuk semenanjung Malaysia RM1000 sebulan manakala Sabah, Sarawak dan Labuan RM920

2.  Waktu Bekerja
Pekerja di Malaysia tidak di galakkan untuk bekerja lebih masa melebihi 8 jam sehari, 48 jam seminggu, ataupun bekerja selama 5 jam berturut turut tanpa henti.

3. Kerja Lebih masa (Over Time)
Pekerja perlu di bayar tidak kurang daripada 1.5 kali ganda pada hari biasa. Dua kali ganda (2X) pada hari cuti berehat dan tiga kali ganda (3X)  pada hari cuti umum.

4. Cuti Rehat
pekerja di Malaysia berhak mendapatkan satu hari cuti berehat dalam seminggu dan mereka perlu di bayar pampasan semula jika di arahkan untuk bekerja pada waktu tersebut.

5. Cuti Tahunan
Pekerja berhak mendapatkan cuti tahunan sebanyak 8 hari bagi yang bekerja kurang dari 2 tahun. 12 hari bagi yang bekerja kurang dari 5 tahun. Dan 16 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun

6. Cuti Sakit
Pekerja yang bekerja kurang 2 tahun berhak mendapatkan cuti sakit (MC) 14 hari. 18 hari cuti sakit bagi yang bekerja lebih dari 2 tahun dan kurang dari 5 tahun dan 22 hari cuti sakit bagi yang bekerja melebihi 5 tahun.

Hak Undang Undang Untuk Pekerja Yang Ramai Tak Tahu Dan Tak Ambil Tahu


7. Cuti umum.
Pekerja berhak di bayar jika bekerja pada cuti umum dan berhak meminta cuti ganti jika terpaksa bekerja pada hari tersebut.

8. Pekerja wanita.
Pekerja wanita tidak boleh melakukan kerja kerja perindustrian, pertanian, mahupun pekerjaan di bawah tanah antara pukul 10 malam sehingga 5 pagi.

9. Perlindungan bersalin
Pekerja wanita yang mengandung berhak mendapat cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari (2 bulan) bergaji.

Hak Undang Undang Untuk Pekerja Yang Ramai Tak Tahu Dan Tak Ambil Tahu


10. Penamatan kerja.
Tempoh notis penamatan kerja (Jika tidak di berikan sebarang kontrak oleh syarikat) adalah selama 4 minggu (sebulan) jika bekerja kurang daripada 2 tahun. 6 minggu jika bekerja melebihi 2 tahun dan kurang daripada 5 tahun. 8 minggu jika sudah bekerja melebihi 5 tahun.

11. Faedah sampingan (Bonus)
Pekerja layak mendapat bonus sebanyak 10 hari bekerja setiap tahun jika sudah bekerja tidak lebih dari 2 tahun. 15 hari bekerja jika sudah bekerja melebihi 2 tahun dan kurang dari 5 tahun. 20 hari bekerja jika sudah bekerja melebihi 5 tahun.

Hak Undang Undang Untuk Pekerja Yang Ramai Tak Tahu Dan Tak Ambil Tahu

loading...