Kisah Sedih Di Sebalik Watak Kassim Selamat Dalam Filem Ibu Mertua Ku Lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Yang Ramai Orang Tak Tahu

Kisah sedih di sebalik watak Kassim Selamat dalam ibu mertua ku

Rasanya tak perlu di perkenalkan lagi siapa Tan Sri P. Ramlee.
Seniman agung tanah air yang pernah mewarnai arena seni tidak kira dalam dunia perfileman atau muzik satu ketika dahulu.
Malah sehingga kini, filem filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih terus di tayangkan di siaran siaran RTM dan setiap kali filem beliau di tayangkan, ianya tetap memberi kesan kepada penonton pelbagai generasi walaupun sudah berpuluh kali menonton filem yang sama terutama filem filem lucu beliau.

Bercerita mengenai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tentu anda pernah menonton filem beliau bertajuk "Ibu Mertua Ku". Filem yang cukup menyentuh hati dan rasanya inilah filem arahan dan lakonan Allahyarham yang cukup membuatkan hati admin tersentuh
(Berayaq juga la mata ni.. huhu)

Sinopsis filem Ibu Mertua Ku

Nyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta, pangkat, dan kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang peniup saksofon yang bernama Kassim Selamat. Mereka berdua berhubungan melalui telefon dan perjumpaan yang dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya Mansoor mengetahui perkara ini, dia berasa marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi sejak sekian lama dan Kassim Selamat tidak sama taraf kedudukan dengan keluarganya. Oleh sebab Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat, dia menentang keputusan ibunya. Kassim Selamat dan Sabariah berpindah ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baharu. Kehidupan mereka tidak stabil kerana Sabariah tidak membenarkan Kassim Selamat bekerja di Night Club.

Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai seorang buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar satu telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan bahawa Sabariah telah meninggal dunia. Oleh sebab terlalu sedih, Kassim Selamat menangis sehingga matanya buta. Dia diselamatkan oleh seorang perempuan ketika dia sedang merayau-rayau. Di rumah perempuan tersebut, Mamak Maidin telah membantu Kassim Selamat untuk menjadi pemuzik lagi dan mereka telah mengadakan pertunjukan di merata tempat.

Sementara itu, Nyonya Mansoor memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat meninggal dunia. Akhirnya, Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Dokktor Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya, Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat. Doktor Ismadi bersetuju dengan permintaan isterinya. Pembedahan itu amat berjaya. Kassim Selamat merayu Nyonya Mansoor supaya membawanya mengunjungi kubur Sabariah. Apabila Kassim Selamat mengetahui bahawa Sabariah masih hidup dan mengkahwini dengan Doktor Ismadi, dia berasa teramat marah. Pada masa ini, Nyonya Mansoor berasa bersalah dan dia meminta maaf Kassim Selamat. Akhirnya, Kassim Selamat membutakan matanya dengan menggunakan garpu.

****************************
kisah sedih di sebalik filem ibu mertua ku lakonan tAN sRI p. rAMLEE


Rupanya ada kisah sedih di sebalik watak Kassim Selamat yang menjadi buta kerana terlalu sedih akan kehilangan isterinya yang tercinta yang ramai tidak tahu iaitu kisah tentang bapa kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sendiri, Teuku Nyak Putih Teuku Karim.

wajah bapa p. ramlee teuku nyak puteh teuku karim


Menurut kisah yang di kongsi Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik di Facebook, bapa P. Ramlee sering bersedih dan menangis selepas anaknya itu meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948.

Walaupun Teuku Nyak Puteh Nyak Karim merestui hasrat P. Ramlee yang mahu mengejar cita citanya untuk menjadi ahli seni, jiwa seorang bapa tetap merindui anaknya sehinggakan matanya menjadi buta akibat terlalu banyak menangis.

Lebih menyedihkan, bapanya itu pernah meminta rakannya membawanya ke pawagam untuk menonton filem lakonan anaknyabiarpun hanya mampu mendengar suara.

P. Ramlee tidak berkesempatan pulang ke Pulau Pinang kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja. Bagaimanapun, dua beranak itu bertemu semula lima tahun kemudian.

Itulah kisahnya mengapa P. Ramlee menjadikan watak Kassim Selamat buta di dalam filem "Ibu Mertua Ku". Jika anda masih ingat danperasan, P. Ramlee ada memberi nasihat kepada Chomby supaya jangan terlalu sedih dan sering menagis akan kematian suami kerana ianya hanya akan memudaratkan diri sendiri.

*********************************

Begitulah kisah sedih dan kisah sebenar di sebalik watak Kassim Selamat yang buta.
Filem filem arahan allahyarham P. Ramlee sering mencerminkan kehidupan sebenar, malah pemikiran Allahyarham di dalam filem filem arahannya melampaui zaman yang mana banyak mesej mesej tersirat yang terdapat di dalam filem beliau menceritakan tentang hari ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan bapanya, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim.
loading...