Awas Minyak Enjin Tiruan Perodua


Awas penjualan minyak enjin minyak hitam tiruan

Minyak enjin kenderaan atau minyak hitam merupakan salah satu part yang penting untuk di jaga dan perlu sering di ganti secara berkala apalagi jika anda sering menggunakan kenderaan anda untuk jarak perjalanan yang jauh.

Ramai yang memilih untuk menukarkan minyak enjin kenderaan atau minyak hitam ini di bengkel bengkel kereta kerana malas hendak tukar sendiri minyak enjin tersebut. Apalagi tidak ada cas yang di kenakan oleh pihak bengkel untuk menukarkan minyak enjin kenderaan tersebut.
(Pihak bengkel dah dapat untung daripada penjualan minyak hitam atau minyak enjin kenderaan daripada agen)

Sebenarnya bukanlah cara menukar minyak enjin kenderaan yang ingin admin kongsikan, tetapi..
berkenaan penjualan minyak enjin tiruan Perodua. Di Malaysia ni ramai juga yang pakai Perodua kan...

Penjualan Minyak Enjin Tiruan Perodua

Semestinya minyak enjin tiruan Perodua ni bukan dari pihak rasmi Perodua, tetapi dari segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan. Ramai pemilik kenderaan Perodua ini yang tidak sedar akan penjualan minyak enjin tiruan Perodua ini malah pihak bengkel sendiri mungkin tidak sedar, ini kerana ianya kerja pihak pengilang.

Kesan dari penggunaan minyak enjin tiruan ini.. semestinya akan menjahanamkan enjin kenderaan anda dan bakal memakan kos yang besar untuk servis semula enjin kenderaan tersebut (Overhaul) kerana ianya melibatkan keseluruhan enjin.

Kenal Pasti Minyak Enjin Tiruan Perodua

Macam mana nak kenal pasti minyak enjin tiruan Perodua ni?
Anda boleh lihat pada perbezaannya dari segi kekemasan botol minyak enjin Perodua terbabit.
Perhatikan perbezaan pada botol minyak enjin asli Perodua dan minyak enjin tiruan Perodua di bawah.

Minyak enjin tiruan perodua

Kiri - Tulen - dari pusat servis
Kanan - Tiruan - dari online seller

Sekali imbas memang tak akan perasan pun perbedaan pada kedua-dua botol ni... warna agak subjektif bergantung pada tahap HD mata individu.

Tarikh pengilangan hanya berbeza 5 bulan pada 2018

minyak enjin tiruan perodua

Tiruan :
Takuk Sukatan - Takuk tidak kemas dan ada yang bergabung bersama titik cengkaman.
Titik Cengkaman - Binaan yang sama / setara pada saiz

Tulen :
Takuk Sukatan - Lebih kemas dan tidak terjejas dengan binaan titik cengkaman.
Titik Cengkaman - Mempunyai kecerunan dan tidak sama saiz.

minyak enjin tiruan perodua

Tiruan : Logo Perodua tidak kemas. Tulisan Perodua yang sedikit 'obes' dan tidak sharp.
Tulen : Kekemasan penjenamaan logo dan tulisan

perbandingan minyak enjin tiruan dan asli perodua

Tiruan : Logo Dagangan PETRONAS berakhir pada 2013 sebelum digantikan dengan logo dagangan yang baharu.
Tulen : Logo dagangan PETRONAS 2013 / Terkini.
Perhatikan lekukan pada bahagian atas yang tidak lagi bersegi.


Tiruan : Ejaan salah "IMPROVERD" yang membawa maksud mak dia hijau dalam bahasa yahudi.
Logo yang dibuat menggunakan MS Word '93 habis cincaiboncai
Tulen : Ejaan yang betul untuk "IMPROVED" atau tambah baik.
Jarak huruf dan bulatan yang setara dan susun atur kemas

perbandingan minyak enjin tiruan dengan minyak enjin tulen

Tiruan : Ejaan salah pada DMC. "CORPOTATION".
Tulen : Ejaan betul "CORPORATION".

Dah nampak perbezaan minyak enjin tiruan Perodua dengan minyak enjin tulen Perodua?
Jadi lepas ni sebelum mintak bengkel tukar minyak enjin atau minyak hitam kereta Perodua anda.
Usha dulu kekemasan botol seperti yang di nyatakan di atas.

******************************************************************

Anda tak pakai Perodua??? Terselamat.....???
Untuk makluman.. Banyak lagi minyak enjin jenama lain yang tidak tulen di pasaran.. Hati hati.

minyak enjin kenderaan tiruan

minyak enjin kenderaan tiruan

minyak hitam enjin kenderaan tiruan kitar semula

minyak hitam enjin kenderaan tiruan kitar semula


loading...