Tips Dan Petua Atasi Kulit Breakout

Apa itu kulit Breakout?
Kulit breakout adalah satu keadaan di mana kulit berjerawat kemerahan bertompok memenuhi spot spot tertentu di muka seperti ruam. Tidak seperti jerawat biasa yang timbul sebijik sebijik di permukaan muka.

apa maksud muka breakout
Kulit muka breakout

Sebelum tu, jangan keliru antara kulit muka yang breakout dengan purging. Breakout dan purging mi keadaan dia hampir sama iaitu tompok tompok merah di spot spot tertentu di muka.

Kulit breakout ni sejak memang azali kulit macam tu. Tak semena mena naik tompok tompok merah di kulit muka dan berterusan. Purging pula berlaku apabila anda mengambil krim krim perawatan muka tertentu yang mana pada awal  pemakaian, kulit muka seolah olah breakout tapi bukan breakout, tetapi ianya proses mengeluarkan kotoran jerawat dari bawah permukaan kulit atau di panggil purging.

Punca Kulit Muka Breakout

Kalau anda dah tahu kulit muka korang senang breakout, jangan lakukan 5 perkara di bawah untuk mengelakkan kulit wajah anda lebih teruk.

1. Jangan pegang atau picit jerawat yang tumbuh menggunakan jari.
Ini part paling sensitif dan yang paling orang suka buat. Pantang kan kalau nampak jerawat tumbuh kat muka. Rasa cepat cepat nak cari cermin nak picit jerawat tu biar hilang.
Ini punca kulit wajah bertambah teruk. Bakteria dari jerawat akan merebak ke permukaan wajah yang lain dan jerawat lain pula akan tumbuh.

2. Hindari pemakaian Scrub muka ketika breakout.
Menggunakan Scrub untuk menghilangkan jerawat jerawat yang timbul di muka sewaktu breakout juga menjadi punca keandaan kulit wajah bertambah teruk.
Scrub tu kasar, jika di tonyoh di muka, boleh mengakibatkan calar di kulit muka dan terluka apalagi jika ditonyoh dengan kuat, bila da luka, jerawat akan pecah dan bakteria dari jerawat tu akan hinggap pula di permukaan wajah yang lain. Senang hati si sang bakteria dapat rumah baru... kikiki.. 

3. Penggunaan alat solek atau kosmetik untuk tempoh yang lama
Kulit muka kita mempunyai ruang pori untuk bernafas. Tapi bila menggunakan alat solek atau kosmetik untuk tempoh terlalu lama, kulit wajah tidak dapat bernafas dan telah menyebabkan pori-pori tersumbat. Selain itu, tidak membersihkan wajah sebelum tidur dan membasuh wajah dengan tidak sempurna turut menyumbang kepada masalah breakout pada kulit wajah.

Korang bayangkan, korang dah seharian menggunakan alat solek pada wajah lepas tu korang tak basuh pula muka dengan sempurna. Tanpa korang sedar korang dah beri peluang pada bakteria untuk membiak pada kawasan kulit wajah korang. Patutlah jerawat senang tumbuh betul tak?

4. Jangan stress stress
Yup, bila korang stress, ianya juga akan menyebabkan jerawat naik di muka... Tapi ramai orang cakap, kalau jerawat naik di muka tu, orang tu 'meqenyam' lebih. huhu..

Korang nak tau kenapa? Sebabnya semasa korang stress, adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan, jadi bila korang stress dan dalam keadaan tertekan, maka, berlumba-lumbalah jerawat naik kat muka korang.

Pembawaan teang tak stress stress juga akan membuatkan muka korang kelihatan awet muda.
Mesti korang pernah dengar kan. Jadi jangan stress stress ok.

4. Penggunaan produk kecantikan wajah yang tidak sesuai
Ni merupakan kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum wanita, senang sangat terpengaruh menggunakan alat-alat penjagaan wajah yang dibeli daripada laman sosial. Kadang-kadang alat penjagaan wajah yang dibeli tu tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan tidak diketahui bahan-bahannya. Bila tengok artis atau individu terkenal iklankan, korang terus percaya produk tu bagus. Betul tak?

Hmm.. Sebenarnya sebelum membeli sesuatu produk, korang kenalah tahu kondisi kulit muka korang. So, senanglah korang nak detect jika produk yang korang pakai tu sesuai atau tak dengan kulit korang.

Korang juga kenalah gunakan pembersih wajah yang betul, supaya korang boleh membersih dan pada masa yang sama melembapkan kulit wajah korang secara lembut barulah kulit tak senang breakout!

Cara merawat kulit muka breakout

Sebut soal kecantikan kulit muka. Terdapat banyak produk produk kecantikan yang terdapat di pasaran yang boleh digunakan untuk mencantikkan kulit wajah. Walaubagaimanapun keberkesanan produk kecantikan tersebut bergantung kepada jenis kulit wajah anda.
Jika kulit wajah anda tidak bersesuaian dengan produk tersebut, produk tersebut mungkin tidak berkesan malah akan menjadikan kulit wajah lebih teruk.

Untuk perawatan moden atau produk produk kecantikan wajah, anda boleh mencuba Cetaphil.

Produk kecantikan wajah menghilangkan breakout
Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil bukan lagi jenama yang asing dalam kalangan masyarakat hari ni, ini kerana Cetaphil terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit yang bukan saja membersihkan, malah melembutkan, bebas dari wangian, sabun dan lanolin. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni juga sesuai untuk digunakan dalam mencuci solekan ringan, dan bersifat tidak comedogenic supaya ia tidak menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Selain itu,  Cetaphil Gentle Skin Cleanser turut mempunyai pH seimbang, jadi ia tidak memedihkan mata dan juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Formulasinya juga berkesan untuk semua jenis kulit, termasuk bayi dan mereka yang berkulit sensitif agar kulit sihat dan cantik.

Apa yang bestnya mengenai produk ini ialah, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif dan sangat disyorkan oleh pakar dermatologi dan ahli pediatrtik.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersetuju, produk ini membersih dan melembapkan kulit secara lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.


loading...