Gara Gara Cinta Di Tolak, Pelajar Tingkatan 1 Ini Cuba Bunuh Diri

pelajar tingkatan 1 cuba bunuh diri kerana cinta di tolak


KUALA LANGAT - Polis mengesahkan tindakan seorang pelajar tingkatan satu di Banting di sini cuba membunuh diri dari tingkat dua bangunan sekolah itu akibat kecewa cintanya ditolak pelajar perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu mengaku cintanya ditolak selepas meluahkannya kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama semalam.

Katanya, alasan penolakkan cinta oleh pelajar perempuan sebaya dengan itu adalah kerana tidak meminati mangsa dan lebih menyukai pelajar lelaki yang lain.

"Berikutan itu, pelajar lelaki tersebut dikatakan putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

"Remaja berkenaan juga sempat menulis satu nota yang menjelaskan tujuannya untuk bunuh diri,"katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.

pelajar tingkatan 1 cuba bunuh diri kerana cinta di tolak


Jelas Azizan, berdasarkan keterangan guru kelasnya mendapati remaja lelaki itu merupakan pelajar yang baik dan pendiam serta tiada masalah disiplin.

"Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini.

"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah di bawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut ," katanya.

Terdahulu, K! ONLINE melaporkan tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mengagalkan cubaan membunuh diri seorang pelajar lelaki dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.28 tengah hari itu, pelajar berusia 13 tahun bertindak demikian difahamkan akibat putus cinta.

pelajar tingkatan 1 cuba bunuh diri kerana cinta di tolak

pelajar tingkatan 1 cuba bunuh diri kerana cinta di tolak

pelajar tingkatan 1 cuba bunuh diri kerana cinta di tolak

pelajar tingkatan 1 cuba bunuh diri kerana cinta di tolak

Sumber : Kosmo

**************************

Awat boleh jadi lagu tu dik oiiiii... Baru 13 tahun kot.. Form 1.
Jauh lagi perjalanan hidup tu dik oiii.... Belajar pun tak habis lagi.. Paling tak pon, bagi tulisan tu nampak kemas sikit.. Adoi laa...
Malu kat semua orang aih...
Budak budak la ni makin pelik pelik perangai...

Abam dulu pun kena reject juga... Letak surat bawah meja aweks tu.. siap letak bedak lagi bagi wangi surat tu... Rileks ja kena reject.. Tak dak la sampai nak bunuh diri terjun banggunan....
Banyak sangat tengok drama korea hang niiii....

Part serious...

Budak budak yang pendiam selalu memendam perasaan sendiri.. Seorang yang mudah tersinggung atau terasa hati. Merasa orang lain tidak mempedulikan mereka sehingga hal kecil yang membuat mereka terasa hati boleh membawa kepada tindakan di luar fikiran..

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk selalu bersama anak anak seperti ini dan selalu hiburkan mereka supaya mereka tidak merasa di pinggirkan.
loading...