Tips Membeli Tayar Kereta Elak Di Tipu


Tips Membeli Tayar Kereta Elak Di Tipu


Sememangnya kenderaan seperti kereta merupakan keperluan penting dalam kehidupan seharian manusia. Hari ni dah jarang jarang rakyat malaysia tidak mempunyai kereta ni walaupun kereta tu kereta lama. Sebab macam dah jadi keperluan terutama yang dah berumahtangga.

Jadi memang penting untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik supaya pemanduan selamat sampai ke destinasi.

Antara komponen penting kereta sudah tentulah tayar kereta.
Kita kena pastikan tayar dalam keadaan baik untuk memulakan perjalanan.

Ini merupakan perkongsian yang bagus untuk dibaca.
Tentang cara membeli tayar kereta supaya tidak tertipu.

Biasanya tayar tu kalau kita tengok dah agak 'botak' bunga dia, da elok la standby duit untuk tukar tayar baru. Tak kira la botak keseluruhan ke, botak luar ke (tayar makan luar) atau botak dalam (Tayar makan dalam).

Kalau di biar atau tetap memandu dalam keadaan tayar botak, boleh mengakibatkan kemalangan apalagi memandu dalam keadaan yang laju atau keadaan jalan yang licin akibat hujan. Sangat sangat bahaya. Pernah dengar punca kemalangan akibat hilang kawalan? Ha, keadaan tayar adalah salah satu punca terbesar dia.

Tips Tukar Tayar Elak di Tipu Pemilik Kedai Tayar


Jangan di sangka tayar yang kelihatan baru, bunga tebal, sememangnya tayar baru.. Salah.
Cara untuk melihat atau melihat tayar kereta tu baru atau lama, lihat pada beberapa kod yang terdapat pada sisi tayar tersebut
Kat sini la pemilik bengkel akan tipu pembeli terutama pembeli yang tak berapa tahu atau tak tahu langsung pasal part part kereta ni..

Bila minta tukar tayar, di keluarkannya tayar lama, si pembeli pun belek belek hanya pada bunga tayar. Bunga tayar tebal, cantik, terus suruh mekanik pasang.. Owner bengkel tu senyum je laaaa..

Untuk membeli tayar, pastikan anda lihat info info atau kod kod yang terdapat pada sisi tayar tersebut. Perasan tak pada bahagian sisi tayar tu ada banyak nombor nombor selain jenama tayar. Nombor nombor tu bukan hiasan naa. Ada maksud maksud dia.

Ini info yang ada di tayar kenderaan.

1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594V

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
V = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Tips Membeli Tayar Kereta Elak Di Tipu


Sebab tu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayar dia terutama dalam keadaan jalan yang panas.
Kereta boleh lari 300km/j. Di pakainya tayar yang berkod 'S'. Tak meletop tayar tu sebab tak tahan panas.

2. Kod Tahun Pembuatan Tayar
Kod tahun pembuatan tayar  kod dia ada 4 angka. contoh '0514'

Tips Membeli Tayar Kereta Elak Di Tipu


Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

3. Diskaun
Jika anda membeli tayar pada awal januari 2019, tahun pembuatan tayar pula adalah 0118 minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2019);
2018 = 20%
2017 = 40%
2016 = 60%
2015 = 80%
2014 ke bawah = PERCUMA

Semoga perkongsian ini membantu anda supaya tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar. Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.
loading...