Malas Sangkut Jem Pulang Beraya? Jom Naik Helikopter


perkhidmatan Helikopter untuk pulang beraya

Nak balik kampung? Malas sangkut dalam jem? Nak cepat sampai...
Tiket kapal terbang, tiket train semua habis.
Jom balik kampung naik helikopter... Ini bukan lawak ok.

Syarikat Pengurusan Hazmi Dimasyq Group menyediakan perkhidmatan helikopter kepada warga kota untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.

Pemilik syarikat, Hazmi Hanipa, 31, yang berasal Kampung Renok Baru, Gua Musang berkata, sebanyak 20 helikopter disediakan untuk semua destinasi sempena musim perayaan bermula 3 Jun ini.

Katanya, perkhidmatan itu adalah yang pertama kali disediakan untuk mereka yang ingin mengelakkan kesesakan di jalan raya musim perayaan.

“Setakat ini, 11 penumpang telah membuat tempahan helikopter dan penumpang yang ingin pulang ke Kelantan paling ramai. Walaupun kos tambang mahal, namun mereka tidak kisah asalkan cepat sampai ke destinasi.

“Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu membabitkan enam penumpang harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam perjalanan dan perjalanan mengambil masa tiga jam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, melihat sambutan menggalakkan, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan helikopter ke destinasi lain di negara ini.

“Kita menyediakan pilihan kepada orang ramai yang ingin menyambut hari raya di kampung bersama keluarga tanpa perlu berdepan dengan kesesakan jalan raya,” katanya.

****************************

Geng geng dato' geng geng korporat mampu la ni... huahuahua....
Gayat kot tengok dia punya harga...

pulang kampung beraya naik helikopter

loading...