Takut Lipas, Ini Cabaran Untuk Anda. Sanggup?

COCKROACH cHALLENGE

Anda takut lipas? Ini cabaran untuk anda. Cockroach Challenge.
Biarkan lipas merayap di muka anda....
Tu Pun kalau otak anda berpindah ke lutut....

Makin lama makin pelik manusia manusia zaman sekarang.. Bukan makin cerdik, makin tuttt.
Buat la benda berfaedah sikit.

Sebelum ni dah banyak cabaran cabaran atau challenge yang ada kat internet ni. antara challenge yang terkenal "Kiki Challenge", menari di luar kereta yang sedang bergerak. Tujuan kesemua challenge challenge ni dibuat hanya untuk mendapatkan publisiti...
Publisiti murahan.

Terbaru ada pula Cockroach Challenge, cabaran ni berasal dari seorang lelaki di Myanmar di Facebook dengan menggunakan nama Alex Aung.

Alex telah memuat naik satu gambarnya dengan meletakkan seekor lipas di wajahnya dengan caption: “Bolehkah anda lakukannya?”

Cabaran ini cepat menjadi tular di kalangan remaja kerana ianya turut diviralkan dan menjadi popular di twitter.

Cabaran ini memerlukan warga net berselfie dengan meletakkan lipas di wajah mereka, dan kemudiannya memuat naik ke laman sosial.

Malah ada yang ingin kelihatan lebih hebat berbanding yang lain dengan memasukkan lipas ke dalam mulut. Euwwwww....

COCKROACH CHALLENGE

Namun cabaran ini kurang mendapat perhatian di kalangan remaja Malaysia setakat ini. Ia mendapat sambutan di Filipina, Myanmar dan Indonesia.

Apa-apa pun, harap remaja di Malaysia tidak terikut-ikut. Fikir dan buatlah sesuatu yang lebih bermanfaat.


1 Word..... B****k
loading...