Ulama Mesir Mengeluarkan Fatwa Halal Mengintai Perempuan Di Bilik Mandi

Hukum mengintai perempuan mandi

Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.

Menurut Ulama Itu, Usamah Al-Qawsi (gambar), Perbuatan Mengintai Wanita Mandi Dibolehkan Sekiranya Lelaki Benar-Benar Jujur Dan Mahu Menikahi Wanita Tersebut.

Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.

“Perbuatan itu boleh diterima, asalkan niatnya baik dan jujur,” katanya.

Beliau Menguatkan 'Fatwa' Berkenaan Dengan Menjelaskan Ia Diambil Berdasarkan Sabda Rasulullah Kepada Seorang Sahabat

‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.

Jelas Usama, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia dibenarkan.

Usamah Al-Qaswi Di Kritik Kerajaan Mesir 


Namun Begitu, Pendapat Itu Segera Dikritik Dan Dikecam Oleh Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar Yang Menyifatkannya Tidak Masuk Akal

Bagaimanapun, pendapat itu segera dikritik dan dikecam ulama lain serta kerajaan Mesir yang menyifatkannya tidak masuk akal.

Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar, berkata pandangan Usama sangat tidak boleh diterima, walaupun dia berniat menikahi wanita berkenaan.

“Di Mana Kemuliaan Dan Kewarasan Usamah Membenarkan Amalan Mengintai Wanita Di Bilik Mandi?” Kata Mohammad Mukhtar

“Adakah anda membenarkan ini berlaku kepada anak anda? Mungkin ia adalah OK dengan anda, tetapi bagaimana dengan masyarakat Islam dan Kristian konservatif yang bertamadun?"

“Islam mengajar bahawa kesopanan seharusnya ada dalam sifat kita dan semua agama bersetuju,” jelasnya.

Selain Itu, Agama Islam Juga Melarang Wanita Menunjukkan Aurat Kepada Lelaki Kecuali Untuk Suami Dan Mahram.

Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram. Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.

"Islam mengajar supaya umatnya bersopan. Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” tambahnya lagi.

Hukum membuka aurat bagi kaum wanita

Sumber :
https://www.mstar.com.my/global/dunia/2014/08/24/fatwa-intai-wanita-mandi

loading...