Kehebatan Internet 5G Bukan Sekadar Kelajuan

Internet 5G bukan sekadar tentang kelajuan

Bila sebut internet 5G, perkara yang terlintas di kepala kita semestinya tentang kelajuan. Kelajuan atau kepantasan dalam melayari internet. Betul?
Besar sangat ke pengaruh kelajuan dalam internet ni kepada kita sebagai pengguna...
Rasanya besar kot dan sangat besar sehingga ada yang kena darah tinggi sebab line macam siput, menyumpah seranah semua keluar. Kan?

Bermula dari teknologi internet 1G, perlahan lahan bergerak lebih pantas sehingga muncul 2G, 3G, 4G, 4GLTE dan sekarang ke arah 5G.

perkembangan penggunaan teknologi internet

Teknologi internet tidak hanya bercakap mengenai kelajuan, tetapi ianya lebih daripada itu sehinggakan teknologi ini mampu mengubah dunia.

Jom lihat kehebatan internet 5G ini.

1. Kepantasan Luar Bisa 

Dengan kelajuan sehingga 20 kali ganda lebih pantas daripada 4G yang kebanyakan kita gunakan sekarang, teknologi kilat 5G akan mempercepat dan sambungkan segala-galanya.

Sebagai contoh, untuk memuat turun filem berdurasi 2 jam, 3G akan mengambil masa kira-kira 26 jam. Bagi 4G, anda perlu menunggu selama 6 minit.

Tetapi dengan 5G, anda tidak sempat untuk bangun dan menyediakan popcorn anda kerana muat turun anda akan siap dalam masa 3.6 saat!! Dapat anda bayangkan kepantasannya?


kEPANTASAN iNTERNET 5g

2. Mampu Mengubah Corak Kehidupan Manusia

Dengan teknologi ini, kita mungkin akan mempunyai bandar-bandar di mana semua perkara berkomunikasi antara satu sama lain.

Sebagai contoh, para doktor boleh melakukan pembedahan secara jarak jauh dari bahagian dunia yang lain.

internet 5g Mengubah kehidupan manusia


Tahukah anda Proton Exora Baru 2019 yang di lengkapi dengan teknologi Intelligence That Moves itu juga menggunakan teknologi internet 5G yang membolehkan kenderaan tersebut memandu secara  automatik. Nampak, ianya bukan sekadar tentang kelajuan, tetapi applikasi.

3. Kesan Ke Atas Ekonomi Negara

Sewaktu A.S memenangi perlumbaan 4G pada awal dekad lalu, ia memberikan rangsangan hampir RM400 bilion kepada KDNK mereka.

Dan bagi 5G, "hadiah" nya sudah tentu lebih lumayan.

Sekiranya A.S sekali lagi berjaya menakluki 5G, ia akan mewujudkan anggaran 3 juta pekerjaan dan menambah kira-kira RM2 trilion kepada KDNK sedia ada.

4. Kesan Ke Atas Kuasa Penaklukan Dunia

BAHAYA TEKNOLGI INTERNET 5g

Apabila sesebuah negara itu menguasai 5G, mereka juga mempunyai akses kepada setiap perkara yang semua orang lakukan dalam talian.

Ini secara harfiahnya bermakna segala-galanya yang kita lakukan akan dikawal oleh mereka kerana hampir kesemua perkara pada hari ini dilakukan dalam talian.

Tentu anda pernah mendownload apa apa applikasi ke dalam Handphone anda tidak kira Android atau IOS, tentu anda perasan ada sesetengah applikasi meminta untuk mengakses kandungan HP anda.... Itu 4G, 5G mungkin dapat meelakukan lebih daripada itu, mungkin dapat 'Spy' kehidupan anda tanpa perlu lagi meminta kebenaran daripada anda. Siapa tahu?

5. Perang Siber

Faktor ketiga dan keempat adalah punca kepada peperangan siber antara US dan China.

Huawei di sekat US

Dalam perlumbaan ini, teknologi 5G yang terhebat dihasilkan oleh syarikat gergasi China iaitu Huawei. 

Bagi kebanyakan orang, Huawei mungkin paling dikenali sebagai pembuat telefon.
Tetapi, ia juga merupakan pemain utama dalam membina infrastruktur untuk semua komunikasi kita pada hari ini.

Dan disebabkan syarikat ini adalah syarikat China, banyak kerajaan tidak percaya akan keselamatan teknologi ini.

Para pengkritik bimbang bahawa dengan membiarkan China membina 5G, ini bukan sahaja akan membolehkan mereka mengintip bahkan mematikan aliran data yang kita bakal bergantung.

Cuba bayangkan, jika Huawei menjadi pembekal 5G terkemuka di dunia, maka China boleh mengintip sesiapa sahaja. Dan perkara ini adalah sangat tidak menyenangkan bagi A.S, kerana ini adalah perkara yang mereka juga ingin lakukan.

Walaupun A.S sedang membina teknologi 5G sendiri, namun 5G oleh China sudah terlalu jauh meninggalkan mereka dan sukar untuk dikejar.

Ia seperti persaingan pada satu ketika dahulu di antara DVD dan CD. Dan jika anda tertanya-tanya apakah itu CD, itulah tahap teknologi 5G milik A.S ketika ini.

Jadi, ini adalah satu perlumbaan di mana ramai orang telah mengatakan bahawa A.S sudah tewas.

Demi memenangi perlumbaan ini lah, Presiden Donal Trumph
telah menandatangani perintah eksekutif mengharamkan syarikat A.S daripada menggunakan peralatan telekomunikasi yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan nasional.

Dan ini merupakan serangan langsung terhadap China dan syarikat gergasinya Huawei untuk menguasi dunia. 

Oleh ketika mana serangan A.S. terhadap syarikat itu sudah pon menyebabkan kesan domino yang besar, rangkaian mudah alih terbesar U.K mengeluarkan Huawei dari pelancaran 5Gnya, manakala 3 pengendali mudah alih Jepun telah berhenti mengambil pesanan atau melewatkan pelancaran telefon Huawei baru.

Walaubagaimanapun, Huawei yang sedar akan berlakunya 'perlumbaan' dalam menguasai dunia 5G ini telah bersedia lebih awal dengan menghasilkan sistem OS mereka sendiri iaitu Hongmeng untuk terus bergerak dalam dunia teknologi ini.

kehebatan 5g

loading...