Rambut Gugur Dan Berkelemumur...
Cuba Petua Dari Negara Arab ni

Rambut Gugur Dan Berkelemumur... Cuba Masukkan Benda Ni Dalam Shampoo


Stress juga kan kalau rambut gugur dan berkelemumur. Lagi lagi kepada kaum wanita yang.. Bak kata orang, rambut tu mahkota wanita.. Ye keeeeee.... Mahkota wanita tu, tudung kottt bagi yang muslim.. melencong sikit..

Waktu menyikat rambut, penuh rambut tertinggal dekat sikat... waktu tengok rambut yang banyak dekat sikat, aduss. stress kan.. rasa macam nak nangis je tengok rambut tu... apalagi masih di usia muda remaja... nak gam balik tak boleh.. huhu..

Rambut berkelemumur pula akan membuatkan orang tak mahu dekat dengan kita, gerak sikit penuh bintik bintik putih kat bahu... adoii.. kotornya lah hai orang sebelah tegur... tebal nya muka.. gatal gatal pula tu... nak garu, malu pula orang tengok.. Sah sah kelemumur orang cakap..

Banyak petua nak hilangkan rambut gugur dan berkelemumur ni... Bukan saja petua, shampoo khas untuk rawat rambut gugur dan berkelemumur ni pun banyak di jual... berkesan dengan tidak je penggunaan dia.

Seorang ibu rumah tangga Najwa Qadah berkongsi tip yang sangat mudah dan simple untuk merawat rambut gugur dan berkelemumur ni.. petua atau tips ni katanya dari Arab.. cuba tengok rambut orang perempuan arab... Tebalnya mak ai... kan kan kan...jauh bebenor petua nya tu, haaa..... Sebab puan Najwa ni lahir di Mekkah dan pernah tinggal di sana. (Admin tengok kat profile dia je la..huhu)

Petua dan tips dia adalah, masukkan beberapa bunga cengkih ke dalam shampoo rambut anda

petua rawat rambut gugur berkelemumur

petua rawat rambut gugur berkelemumur

Menurut Puan Najwa ni, boleh digunakan pada mana mana shampoo, dia guna shampoo Jhonson tu sebab anak dia boleh guna sekali.

Selain untuk rawat rambut, banyak lagi kebaikan bunga cengkih ni katanya, tapi tak dia story la kelebihan lain bunga cengkih tu.

Jadi yang ada masalah rambut gugur rambut berkelemumur tu, boleh la guna petua Puan Najwa ni. Sangat mudah kan.

********************************

Sumber :
https://www.facebook.com/na5wa/posts/10218743114278402

loading...