Dah Berjimat Tapi Bil Eletrik Tetap Mahal.
Ini Salah Satu Penyebab

pUNCA bil elektrik mahal smart meter


"Ish.. kenapa bil elektrik bulan ni mahal sangat? Bulan lepas tak la mahal sangat.. Guna elektrik sama je"
Pernah anda alami keadaan di atas...? Tau tak kenapa tiba tiba anda rasa bil elektrik anda jadi mahal padahal pengunaan barangan elektrik seperti biasa.
Salah satu sebabnya... Pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) lambat datang cek meter melebihi 30 hari... Lihat jadual pengiraan penggunaan/rate elektrik di bawah.

pUNCA bil elektrik mahal smart meter

Pegawai TNB lewat datang cek meter dari yang sepatutnya (lebih 30 hari) menjadikan bil elektrik yang perlu di bayar semakin tinggi...? Tak faham? Meh nak story...

1) Katakan penggunaan biasa rumah kita utk 30 hari bawah 200 iaitu 180 kW.. bil jadi : 180 x 21.80 sen = RM 39.24

2) Disebabkan bil dapat lambat, katakan 35 hari, meter jadi 250 Kw pada bulan tu.
Prorate : 35/30 = 1.166
Tarif jadi : 
200 kW x 21.80 sen x prorate (1.166) = RM 50.84

Bacaan blok 2 , meter 250 - 233 (blok 1) = 17
17 kW x 33.40 sen = RM 5.68
jumlah perlu dibayar RM 50.84 + RM 5.68 = RM 56.52

Nampak dak perbezaan rate yg ketara kat situ beza 5 hari ja dari 30 ke 35 hari sebab mai check meter lambat.. tambah dekat RM 20 dalam bil kita dari RM39.24 ke Rm56.52

Tu la masalah di sini. Disebabkan lambat check meter tarif naik pada penggunaan yg banyak. 
Lagi terasa pengguna yg melepasi blok 3 yg bernilai rm0.516/KW

Demi kepentingan Rakyat Marhain, TNB patut tetapkan trmpoh bacaan maksima 30 hari tiap2 bulan supaya masalah tarif melambung x berlaku.....

Jadikan KPI setiap cawangan.. "CHECK METER ON TIME"
Barulah tiada rungutan.....

loading...