Ramai orang terutama lelaki dan lebih tepat suami menganggap dengan memberi wang belanja kepada isteri, dia sudah memberikan nafkah kepada si isteri.

Nafkah Bukan Bermaksud Duit Belanja

Apakah Perbezaan Nafkah Dengan Wang Belanja

Nafkah bermaksud perkara perkara yang WAJIB untuk suami sediakan kepada si isteri. Mampu tak mampu, nafkah ini perlu di sediakan atau diberi apabila si isteri. Pemberian nafkah termasuklah, makan minum, pakaian serta tempat tinggal. Walaupun si isteri lebih berkemampuan daripada suami atau gaji isteri lebih besar daripada suami, si suami tetap wajib memberikan nafkah kepada isteri.

Wang belanja pula adalah wang yang diberikan atas permintaan isteri untuk si isteri membeli barang keinginannya.

Walaupun begitu, masih ramai yang tidak dapat membezakan antara nafkah dan wang belanja, di bawah adalah perkongsian saudara Firdaus Shakiri berkenaan perbezaan antara nafkah dan wang belanja.

Nafkah dgn duit belanja xsama...
Nafkah yg perlu di sediakan suami ialah tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan...ini yg wajib...
Dan duit belanja plak, atas kemampuan suami utk bagi...
Yg menjadi masalahnya disini, yg menyebabkan kita keliru ialah, pada perspektif si suami, dia bagi 300, setel, selesai tanggungjawab dia...tapi 300 tu la si isteri guna bli brg dapur, guna bayar bil, buh minyak kereta, bg duit belanja ank skolah...cukup ke tidak? Tak cukup, jadi byk isteri yg mempertikaikan nilai yg diberi tu...bila dipertikaikan, suami suruh utk bersyukur, sbb dia BAGI JUGAK...
Bukan mcm tu bang...tanggungjawab abg bukan terletak pd nilai 300 tu, tp pd persediaan yg berbentuk tempat tinggal iaitu ansuran rumah, suami bayar....makan minum iaitu brg dapur kering dan basah, suami bayar...pakaian iaitu baju, tudung, sluar isteri dan anak2, suami bayar...dan perubatan iaitu apa saja kos ubat2an, pun suami bayar...ini nafkah...hukumnya wajib...
Pada perspektif si isteri plak, bila suami dah sediakan serba serbi, dah bayar hutang rumah, hutang kereta, bil2 utility, dah penuhkan dapur dgn brg2 kering, brg2 basah, dah beli pakaian utk dia dan anak2, bayar medical card bulan2, tp dia STILL NAK duit belanja...duit belanja ni bukan wajib ya, ianya atas kemampuan suami utk bagi...benda2 wajib smua dia dah bagi dh...
Kenapa perlu DUIT BELANJA? utk beli keperluan diri yg suami tak beli...benda yg isteri nak, teringin...
Sebab tu ingin sya nasihatkan, walaupun awk bekerja, berniaga, ada duit sendiri, sentiasa hidup dgn KEMAMPUAN SUAMI...bukan kemampuan AWAK...
Bersyukurlah walaupun suami tak mampu bagi duit belanja, tapi dia dah usaha sediakan serba serbi yg lain dgn cukup sempurna...hidup ikut GAJI SUAMI...
Nota kaki : Sekecil2 perkara pun kita boleh pertikaikan, namun fikirlah, hidup yg kita keluhkan ini ialah hidup yg org lain mahukan...

********************************

Yang di ceritakan saudara Firdaus tu Nafkah Zahir, Nafkah Batin lain pula. Nafkah Batin pun wajib, wajib bagi kedua dua pihak. Si suami kalau isteri minta, kena la penuhi walau penat seharian kerja.
Begitu juga si isteri. Kalau suami tergedik semacam tu, layanlah wlau dah penat masak jaga anak kat rumah. Tapi dua dua kena la saling memahami, faham situasi, tiap waktu nak di penuhi, penat la.
Gelojoh sangat pun susah juga.

Dan bila dalam keluarga tu dah ada anak. KEWAJIPAN memberikan nafkah kepada anak anak tetap perlu di penuhi oleh si suami juga di gelar bapa.
Untuk anak anak, nafkah zahir saja na, jangan nak buat gila bagi nafkah batin.


loading...