Anggota Polis Maut Di Rempuh Ketika Bertugas

anggota polis maut di rempuh ketika bertugas

LANS Koperal maut, manakala rakan setugasnya parah akibat dirempuh motosikal ketika melakukan pemeriksaan terhadap van di bahu jalan di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri, Johor Bahru, hari ini.

Dalam kejadian 6.40 pagi itu yang membabitkan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan motosikal jenis Yamaha 135LC, Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, 27, dari Blok Melati 9, Tampoi meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Muhammad Syakir Safwam Khairudin, 29, parah.

Polis Maut Di Rempuh Ketika Bertugas

Kejadian tersebut membabitkan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan sebuah motosikal jenis yamaha 135LC.

Penunggang motosikal, Thevarajan, 36 cedera parah dan di kejarkan ke Hospital Sutanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku pada jam 6.40 pagi sewaktu 2 orang anggota polis berkenaan sedang melakukan pemeriksaan pada sebuah van di sebelah kiri jalan sebelum di rempuh oleh motosikal tersebut yang datang dari arah Perling menuju ke Plaza Tol Perling.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis Maut Di Rempuh Ketika Bertugas

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menerusi laman sosial Facebook (FB) Polis Johor dilaporkan melawat tempat kejadian yang mengorbankan anggotanya ketika menjalankan tugas.

Hadir sama Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad bagi meninjau lokasi yang turut mencederakan seorang anggotanya.

Semua anggota dan pegawai awam kemudian diminta bersama-sama untuk urusan solat jenazah di Surau Taman Molek di sini, selepas bedah siasat selesai.

************************

Sumber : HMetro
loading...