Apakah Alasan Umat Islam Menyambut Aidilfitri Dan
Apakah Sejarah Sambutan Ini

sejarah sambutan hari raya aidilfitri

Secara umum, seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal bulan Islam selepas sebulan menjalankan ibadah puasa di Bulan Ramadhan.
Secara umum, rata rata umat islam mengatakan sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang disambut untuk meraikan kejayaan dan bergembira selepas berada di bulan Ramadhan iaitu kejayaan mengawal segala keinginan hawa nafsu, dan melatih diri untuk bersabar.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah umat Islam yang merasa sedih dengan berakhirnya Bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah S.W.T yang mana bulan tersebut segala amal ibadaha akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda, di tutup segala pintu neraka dan di buka segala pintu syurga.

Sejarah Hari Raya Aidilfitri


1. Menurut sejarah, sebelum ajaran Islam, masyarakat Arab di Madinah menyambut dua hari raya yang digelarkan hari an-Nairuz dan al-Mahrajan, yang disambut dengan tarian, nyanyian serta minuman memabukkan.

2. Hari Raya Aidilfitri pertama disambut oleh umat Islam selepas berlakunya perang Badar pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika pertama kali kewajipan menunaikan ibadah puasa diturunkan.
3. Sambutan raya itu dilakukan untuk meraikan kemenangan tentera Islam dalam perang Badar dan juga kejayaan umat Islam menunaikan kewajipan puasa untuk kali pertama.

4. Perang Badar adalah antara perang paling penting dalam sejarah umat Islam yang berlaku di bahagian barat Semenanjung Arab, melibatkan pertempuran di antara 313 orang tentera Islam gabungan 82 orang Muhajirin dan 231 orang Ansar, untuk menawan kembali harta mereka yang telah dirampas di Mekah yang ditinggalkan ketika berhijrah.

5. Selepas mendapat kemenangan dalam perang Badar ketika sedang mengerjakan ibadah puasa, Rasulullah saw. mengarahkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

6. Rasulullah saw. menggalakkan pemakaian pakaian baru dan mengamalkan sedekah ketika hari raya Aidilfitri berdasarkan satu kisah seorang sahabat yang tiada baju baru untuk sambutan hari raya. Rasulullah saw. kemudian meminta mana-mana sahabat beliau menyumbangkan persalinan pada dia yang memerlukan.

7. Perayaan Aidilfitri adalah satu ibadah berdasarkan hadis diriwayatkan Tabrani daripada Ubadah bin Soib, Rasulullah bersabda - "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari Kiamat."

Sejarah Ibadah Zakat


8. Ibadah zakat juga buat pertama kalinya diperhalusi dengan pensyariatan zakat fitrah ke atas umat Islam, di mana Rasulullah saw. memperkenalkan satu bentuk sistem yang memperincikan keperluan, amaun, syarat sah dan syarat penerima ke atas zakat.

9. Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Islam bukanlah acara untuk bermewah-mewah atau berbelanja berlebih-lebihan. Islam amat menganjurkan agar umatnya bersederhana dalam melakukan persiapan.

10. Pada zaman sekarang, Aidilfitri adalah hari sambutan masyarakat Islam meraikan kejayaan mengawal nafsu makan dan minum serta perkara yang dilarang, sepanjang bulan Ramadan.

*****************************

Sumber : Iluminasi

loading...