5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Semua orang tahu apa itu penjara. Iaitu tempat tahanan bagi mereka yang melakukan kesalahan atau jenayah mengikut peraturan 1 1 negara. Dan kita juga sudah dapat membayangkan atau pernah menonton di TV bagaimana keadaan di dalam penjara tanpa pernah kita berada di penjara atau di penjara. Sebuah kurungan bilik kecil dan di halangi dengan gerigi besi.

Jika di dalam rancangan rancangan atau filem filem luar negara, gambaran penjara di sana kelihatan lebih menakutkan dengan para banduan yang ganas dan kasar juga sering bergaduh sesama banduan.

Tetapi berbeza dengan 5 penjara di 5 negara ini. 5 Penjara ini tidak seperti penjara yang kita bayangkan, malah mungkin tidak sesuai untuk di sebut penjara, mungkin lebih sesuai di panggil hotel kerana kemewahannya.

Apakah 5 penjara mewah tersebut dan bagaimanakah kemewahannya?

1. Penjara Leoben Justice Centre, Austria

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Dikenali dengan penjara lima bintang, penjara yang terletak di bandar Leoben, Austria ini dikatakan penjara paling cantik di dunia.

Uniknya, penjara ini juga digunakan bagi menempatkan kompleks dan pejabat kehakiman selain sebagai tempat hukuman banduan.

Mengapa penjara-penjara mewah sebegini dibina?
Penjara-penjara mewah ini dibina bukan untuk menggalakkan jenayah, tetapi untuk memberi motivasi kepada penghuninya.

Penjara yang mewah ini pastinya akan disukai oleh golongan gelandangan yang lebih rela untuk tinggal di sini berbanding di kaki lima.

"Better mewahkan rumah kebajikan kalau itu tujuan penjara Leoben Justice Centre ini di bina"

2. Otago Correction Facility, New Zealand

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Otago Correction Facility disediakan khas buat penjenayah berkedudukan tinggi dan orang ternama.

Pelbagai kemudahan yang disediakan termasuklah alat pemanas, televisyen skrin lebar, perpustakaan, gim dan perabot.

Penjara yang mempunyai 335 sel ini menelan belanja sebanyak AS$28 juta (RM111 juta) untuk membinanya.

"Makin banyak la orang orang ternam dan berpengaruh makan rasuah kat negara ni. Huhu"

3. Sel Al Capone, AS

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Al Capone terletak di Eastern State Penitentiary, Philadelphia.

Bilik dalam penjara ini dilengkapi dengan katil yang selesa, kerusi rehat dan meja belajar yang pernah digunakan oleh seorang penjenayah AS terkenal Al Capone.

Bagaimanapun, tidak banyak diceritakan berkenaan kisah-kisah banduan tersebut semasa dalam penjara ini.

"Klasik betul penjara A1 Capone ni"

4. Penjara Halden, Norway

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Dengan kelengkapan sebanyak 252 sel atau bilik, sudah cukup selesa bagi banduan yang tinggal di sini merasai kesenangan.

Malah, banduan juga disediakan trek jogging, studio bunyi dan kelengkapan perabot seperti peti ais dan televisyen dalam setiap bilik.

Penjara ini juga diibaratkan seperti kawasan perlancongan apabila pelawat atau keluarga yang ingin datang ke sini dibenarkan bermalam di rumah dua bilik.

"Macam ni gaya punya penjara, admin pun nak masuk penjara. 50 kali keluar masuk pun tak apa"

5. Penjara Santa Ana, Amerika Syarikat (AS)

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjenayah yang melakukan kesalahan ringan akan ditempatkan di penjara ini dan dibolehkan membawa gajet mereka bersama buat beberapa jenis banduan yang tidak berbahaya.

Menariknya, penjenayah yang menginap di penjara yang terletak di California ini seolah-olah bermalam di hotel apabila dikenakan bayaran antara AS$75 (RM298) hingga AS$127 (RM505) sehari.

Digelar ‘5 Star Hilton Prison’ penjara ini membawa kehidupan banduan yang amat mewah dan dianggap tidak setimpal dengan hukuman ke atas kesalahan yang mereka lakukan.

"Macam bilik asrama je admin tengok penjara Santa Ana ni.. huhu"

******************************************************

Kalau kat Malaysia, jangan harapa la korang dapat penjara mewah macam ni, tidur la korang kat lantai.. haha
loading...