Ramai Tak Tahu Bubble Milk Tea Lebih Berbahaya Daripada Minuman Berkarbonat

Bahaya Minuman Bubble Milk Tea


Sejak akhir akhir ni, minuman bubble semakin menjadi trend walaupun harganya agak sedikit mahal dari minuman biasa malah ramai pula penggemar minuman bubble pearl ini termasuk Malaysia.

Tapi tahukah anda bahawa minuman Bubble ini mengandungi kandungan gula yang lebih tinggi berbanding minuman Berkarbonat yang rasanya sudah ramai tahu minuman berkarbonat ini tidak baik untuk kesihatan jika di amalkan.

Persoalan nya sekarang, minuman Bubble yang semakin menjadi trend ini adakah di sebabkan marketing pengusaha minuman bubble itu sendiri atau kerana keenakan minuman tersebut yang disebabkan kandungan gulanya yang tinggi menjadikan peminumnya seolah ketagihan?

Jom ikuti penjelasan dan perkongsian kesihatan dari Pakar Pemakanan, Ms Yen Ying dari Hospital Pantai Pulau Pinang.

Bahaya Minuman Bubble Milk Tea


Berapakah kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea?

Untuk secawan minuman bubble tea 500ml tanpa campuran bahan-bahan tambahan lain, ia didapati mengandungi sekitar 30g – 40g gula. Ia adalah bersamaan kira-kira 6 hingga 8 sudu teh gula tebu setiap cawan, dan kandungan gula yang tinggi dalam segelas minuman ini cukup membimbangkan. 

kadar kandungan gula dalam minuman bubble tea


Kini jika dilihat, minuman bubble milk tea yang original makin berubah apabila ia diberikan pelbagai pilihan dan variasi. Bahan-bahan campuran bersama minuman seperti jeli, puding, dan ‘pearl’ (atau lebih dikenali sebagai – ‘boba’) juga biasanya dicampurkan sekali.

Tambahan ‘topping’ inilah yang meningkatkan lagi kandungan gula dan juga kalori dalam minuman yang disediakan.

Adakah ‘pearl’ ini  membahayakan kesihatan?

‘Pearl’ atau sejenis sagu (boba) diperbuat daripada kanji dan bebola kecil ini tidak mempunyai sebarang nutrien lain. Cuma ia penuh dengan kandungan karbohidrat. Pelbagai jenis ‘boba’ boleh didapati di pasaran hari ini misalnya boba biasa dan boba bersalut gula perang. 

kadar kandungan gula dalam minuman bubble tea


Mana-mana jenis minuman bubble tea ini sememangnya tinggi kandungan gula, di mana cawan minuman pula disalut dengan gula perang di dalamnya dan ini sekaligus meningkatkan kadar gula sehingga kira-kira 90g gula. 

Setelah disukat tahap gula dalam kandungan bubble tea, jumlah gula  adalah dua kali ganda daripada cadangan penggunaan gula oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (maksimum 5 hingga 10 sudu teh gula setiap hari) dan hampir tiga kali kandungan gula berbanding satu tin minuman Coca-Cola. 

Walaupun boba atau pearl ini tidak menimbulkan sebarang risiko dari segi ‘chemical’, namun kita tidak harus mengabaikan aspek kadar gula yang disebutkan tadi. 

Bubble tea juga sentiasa dianggap ‘sihat’ kerana ramai menganggap ia sekadar teh. Walau bagaimanapun, ia sudah lagi jadi tidak sihat apabila ditambah bahan-bahan diproses seperti boba, pewarna, sirap, perasa tiruan dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat bubble tea menjadi lebih sihat. Contohnya meminta susu rendah lemak sebagai alternatif untuk susu pekat atau krimer bukan tenusu, serta tidak memilih ‘topping’ tambahan seperti boba dan jeli. 

Minum minuman yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan, bukan minum minuman yang boleh mengakibatkan bertambahnya penyakit dalam badan.

kadar kandungan gula dalam minuman bubble tea


loading...