Cara Betul Matikan Aircond Untuk Lebih Tahan Lama Dan Sejuk

Cara Betul Matikan Aircond Untuk Lebih Tahan Lama Dan Sejuk

Sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap rumah wajib ada Aircond atau penyaman udara lagi lagi di tengah tengah bandar atau rumah yang saluran udaranya kurang baik sebab tak tahan dengan cuaca panas yang melampau.

Kalau dah pakai Aircond atau penyaman udara ni, sampai 1 masa ia perlu di servis untuk mengekalkan suhu sejuk yang masuk ke rumah. Kalau tak servis, suhu sejuk tu semakin tak terasa walaupun da di set ke suhu paling rendah.. Dan automatik bil elektrik pun melambung tinggi.

Untuk servis penyaman udara atau Aircond ni tak murah tak mahal, tapi cecah juga ratus. Jadi kat sini admin nak kongsikan cara macam mana untuk memanjangkan tempoh penggunaan penyaman udara atau Aircond ni sebelum perlu di servis. Sekurang kurang nya boleh jimatkan duit servis.

Ramai yang bila nak matikan atau 'off'kan Aircond, terus di tekan nya butang off pada remote control dia. Cara ni kurang betul dan menyebabkan tempoh penggunaan Aircond sebelum perlu di servis pendek.

Cara yang betul untuk mematikan Aircond adalah seperti di bawah :
1.Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
2.Biarkan ia berjalan selama 10 ~ 15 minit.
3.Kemudian barulah matikan aircond.

Tujuan tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup.
Cara ini akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)

Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Selamat Mencuba!
loading...