Video Ibu Dato Aliff Syukri Dirasuk 6 Jin Dari Indonesia



IBU kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim berkongsi pengalaman dirinya disihir menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya pada Selasa.

Setakat pukul 11 pagi Rabu, video tersebut mendapat 417,762 tontonan.

Menurut ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita, seramai enam jin berusia 175 tahun dihantar ke dalam badannya dipercayai bertujuan untuk membunuhnya secara halus.

"Ahad lepas kami menguji Mualij (perawat Islam). Staf dan saya pun tak tahan masa tu. Kami tak bangun sampai hari ini muntah dan keluar darah," katanya.

Sepanjang rawatan itu, Bonda Rozita berkata dia gagal mengawal dirinya walaupun berzikir dalam hati kerana jin tersebut berasa sakit dan panas akibat bersoal jawab dengan mualij yang juga suaminya sendiri.

Menerusi rakaman video berdurasi empat minit 20 saat yang turut dimuat naik Bonda Rozita melalui channel YouTube miliknya menunjukkan dia meronta-ronta ketika dirawat.

"Aku daripada gunung. Aku mahu bunuh perempuan ini. Macam-macam bomoh dah pakai. Aku paling kuat dalam gunung.

"Aku dibayar pak, aku cari makan pak. Perempuan ini susah pak," kata jin tersebut ketika disoal perawat yang merawat pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi itu.


Semasa sesi soal jawab itu juga, jin tersebut mengaku dihantar untuk mengganggu Bonda Rozita.

"Perempuan itu kamu yang kacau betul... iya pak... benar pak. Perempuan ini susah pak," kata jin tersebut.

Pada masa sama, Bonda Rozita yang mengakui video itu bukan satu lakonan berkata gangguan makhluk halus tidak mengenal tahap keimanan seseorang.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram menunjukkan Bonda Rozita terbaring selepas menjalani rawatan tersebut.

"Selalunya orang tengok saya ceria dan cergas tapi bila tengok saya sakit semua pelik, risau senyap satu rumah hutan.

"Dua hari saya tak meronda... tak dengar suara saya. Saat yang dinanti-nantikan saya terbaring tewas akhirnya," katanya.



loading...