Student Jana 4 Angka Sebulan Dengan Bermain Game

Seriously, admin baru tahu ni main game boleh jana income sehingga 4 angka sebulan. Banyak tu. huhu... Tak sangka den.. haha

Kalau korang memang kaki game terutama game strategy atau arcade, tentu korang pernah dengar ada player buat duit dengan bermain game. Macam admin ni, yang bukan kaki game, info ni memang sesuatu yang mengejutkan le. Gilo main game saja boleh dapat 4 angka sebulan. Masyuk tu.

Korang tentu pernah dengar Game Mobile Legend disebut ML di kalangan gamers. Game ni memang berhantu kepada yang kaki game. Game terbaru yang menjadi kegilaan gamers sekarang PlayerUnknown's Battlegrounds atau singkatannya PUBG.

Admin tahu 2 game ni pun dari member yang gila main 2 game ni.
Admin hairan tengok diorang punya taksub main game ni, kadang sampai tak tidur malam main ML dengan PUBG.
Apa yang best sangat main game tu? Admin tanya boleh dapat duit ke main game tu, diorang cakap boleh tapi diorang main suka suka je. Suka suka sampai tahap tu.. huhu.

Sampai la admin terbaca 1 berita baru baru ni walaupun berita tu dah lama iaitu Student jana 4 angka sebulan hanya dengan bermain PUBG.

Pelajar yang di maksudkan adalah Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid, 20 tahun yang sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan.

Menurut Azim, dia mampu meraih 4 angka sebulan dari game tersebut dengan melakukan Live Stream di Facebook. Wang tersebut bukan sahaja mampu menampung perbelanjaan di Universiti, malah mampu mengirimkan sebahagian wang tersebut kepada orang tuanya di kampung.

Jana 4 Angka Sebulan Dengan Bermain Game


Seorang lagi pemuda yang juga mampu meraih pendapatan 4 angka sebulan dengan bermain game PUBG, Aiman Amirul Mohd Sahid atau lebih dikenali sebagai Man Parang, 22 tahun. Aiman kini menjadikan game PUBG sebagai sumber pendapatan utamanya selepas tamat belajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada awal tahun lalu.

Jana 4 Angka Sebulan Dengan Bermain Game


***************************

Live stream tu macam mana? Yang tak berapa nak kaki game macam admin ni, game stream ni diorang main game PUBG ni secara live di Facebook. Pernah nampak tak orang main game live kat Facebook?



Seriously sebelum ni admin tak tahu sampai banyak tu para gamer ni boleh buat duit dengan bermain game PUBG ni. Kira ada hasil juga la dari tak ada dapat apa apa. Tapi ramai juga gamer yang main sekadar main tapi tak dapat apa apa..... Ketaksuban dia tu mengalahkan gamer yang dapat duit dengan bermain game tu.. huhu.

Jangan tanya admin macam mana dari bermain PUBG Live Stream tu boleh menghasilkan duit. Sebab admin memang tak tahu langsung cara main PUBG ni.. hahahaha.. Yang pasti sebelum nak buat Live stream PUBG ni, skill bermain kena power, follower kena ramai, komputer kena power, internet kena kencang... kan?? Kalau tak, streaming la sorang sorang... kan kan kan.


loading...