Cara Membuka Simpanan Peribadi i-Saraan Di KWSP
Untuk Yang Bekerja Sendiri
Anda bekerja sendiri dan ingin memiliki simpanan hari tua? Kini anda boleh mula mencarum secara sukarela di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Insentif Persaraan (i-Saraan).
Malah, bermula 1 Januari 2018, kerajaan telah menawarkan sumbangan sebanyak 15% dari jumlah simpanan tahunan. Ini bermakna anda bakal menerima sumbangan maksima RM250 setahun daripada kerajaan bergantung kepada jumlah simpanan.
Antara kelebihan lain dengan membuka Simpanan Persaraan (i-Saraan) ini adalah :
- Pencarum bebas membuat simpanan tanpa had minima dan masih berhak menikmati dividen tahunan mengikut jumlah simpanan.
- Pencarum layak mendapat pengecualian cukai pendapat sehingga RM4000.
- Melayakkan ahli keluarga mendapat bantuan kematian sebanyak RM2500 sekiranya pencarum meninggal dunia.
Syarat kelayakan membuka Simpanan Persaraan i-Saraan ini adalah warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah yang juga ahli KWSP berdaftar.
Cara membuat simpanan peribadi di KWSP/i-Saraan
Bagi Yang Bekerja Sendiri
Untuk membuat permohonan, ahli perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat dan mengisi borang KWSP 16G(M).
Untuk memudahkan urusan pembayaran, ahli digalakkan mengemaskini maklumat dan membuat akaun i-akaun supaya transaksi dapat dijalankan secara atas talian.
Setelah permohonan diluluskan, ahli boleh mula mencarum melalui perbankan Internet.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat bayaran Simpanan Persaraan Peribadi i-Saraan ke dalam akaun peribadi. Di bawah menggunakan contoh dari perbankan online Maybank2U
1. Login ke laman perbankan internet Anda
2. Pilih 'Pay & Transfer'
3. Di bahagian 'New Payment', pilih 'EPF'
4. Masukkan maklumat maklumat yang diminta, bahagian 'EPF Account Type', pilih i-Saraan/i-Suri.
Masukkan jumlah yang ingin anda simpan.
5. Klik 'Pay'
Sekiranya ahli telah membuat permohonan i-saraan di KWSP, pilihan i-saraan/i-suri akan tersedia. Buat bayaran seperti sediakala. Anda boleh memeriksa baki akaun melalui i-akaun KWSP setelah membuat caruman.
loading...
0 Ulasan