10 Tempat Berhantu Dan Keras Di Malaysia
Hantu atau makhluk halus adalah makhluk ghaib yang tidak terlihat dengan mata kasar.
Ada yang mempercayai kewujudan makhluk makhluk halus ini ada juga yang tidak mempercayainya tambahan pada zaman moden dan serba canggih hari ini, kisah kisah mengenai makhluk halus ini sudah jarang didengari dan tidak ramai yang mengalami kejadian kejadian pelik atau diganggu makhluk halus ini..
Kebiasaannya, makhluk halus atau hantu ini sering dikaitkan dengan kejadian kejadian pelik seperti kes kematian yang mana roh si mati tidak 'tenang' dan mereka akan 'mendiami' tempat tersebut.
Malaysia antara negara Asia yang dipercayai mempunyai banyak tempat tempat yang berhantu dan 'keras'.
Di bawah adalah 10 Tempat yang dipercayai berhantu dan keras yang terdapat di Malaysia.
10. First World Hotel, Genting Highlands
Hotel ini dikatakan berhantu dek kerana individu-individu yang bunuh diri setelah kalah dalam perjudian di kasino. Penginap yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. Dan bau colok yang memenuhi ruang dipercayai sebagai makanan entiti.
Daripada 6118 bilik yang ada, ada beberapa yang dikatakan berpenghuni dan pihak hotel membiarkan bilik tersebut kosong walaupun pada waktu jumlah bilangan pengunjung yang tinggi. Manakala keseluruhan aras 21 juga dikatakan berpenunggu dan kerap kali lif tidak berhenti pada aras tersebut.
9. Tambun Inn, Ipoh
Hotel ini terletak berhampiran jirat cina. Pengunjung yang menginap di sini pernah melaporkan yang suis lampu dihidupkan serta dimatikan secara tiba-tiba. Turut kedengaran bunyi-bunyi pelik seakan-akan bisikan, jeritan dan tangisan tetapi punca bunyi tersebut tidak ditemui. Ada juga yang melaporkan mereka tidur dan bangun di bilik yang berbeza.
Bahkan mereka yang tidak menginap di sini juga terkena tempiasnya. Seorang lelaki mengatakan motosikal yang ditunggangnya menjadi berat sebaik saja melintasi kawasan hotel.
8. Ghost Hill, Penang
Pihak British pernah membina sebuah kubu yang berada di atas puncak bukit ini. Semasa Perang Dunia Ke-2, tentera Jepun dikatakan memancung kepala-kepala tawanan di lokasi ini. Entiti ini kekal menghantui kawasan bukit ini yang sekarang dijadikan muzium perang.
Tetapi pandangan berbeza diutarakan oleh pengacara National Geographic menerusi rancangan
"I Wouldn't Go In There". Dia mengatakan tempat ini bukan dihantui entiti sebaliknya sejarah di sebalik lokasi ini. Muzium ini sekarang dimiliki oleh pihak persendirian dan sehingga kini senjata-senjata yanh ditinggalkan masih jelas kelihatan.
7. Sandakan Memorial Park
Lokasi ini didedikasikan buat mereka yang mati semasa Sandakan Death Marches. Antara Januari hingga Ogos 1945, ribuan tahanan Australia dan British dipaksa berkawad daripada Sandakan ke Ranau, dengan jarak sejauh 260km. Hanya 6 tahanan yang berjaya meloloskan diri.
Lokasi ini adalah tempat dimana detik-detik itu bermula.
6. Highland Towers
Ramai rakyat Malaysia yang tahu akan kisah Highland Tower ini yang pernah menggemparkan Malaysia 1 ketika dahulu yang mana telah mengorbankan banyak nyawa akibat kejadian tanah runtuh dan mengakibatkan banggunan Highland Tower runtuh
Kejadian aneh dan misteri Highland Tower bermula apabila seorang pemandu teksi mengambil seorang penumpang perempuan ditepi jalan dan perempuan tersebut memujuk pemandu tersebut untuk bawakan dia ke Highland Towers. Mereka tiba sewaktu malam dan sebelum keluar pemandu tersebut sempat berpesan agar perempuan tersebut berhati-hati kerana tempat tersebut dikatakan berhantu. "Ya, saya tahu. Saya nak pergi juga sebab saya tertinggal kaki dan tangan saya di dalam bangunan itu".
5. Dewan Sri Pinang
Kaum Cina mempercayai Yin dan Yang. Di mana ada cahaya, di situ juga ada bayangan gelap. Tetapi ada satu lokasi di mana cahaya tidak mampu menembusinya dan bayang kegelapan begitu kuat. Salah satu tempatnya adalah teater.
Semasa latihan tarian diadakan, penari yang terlibat dirasuk. Penari tersebut mengarahkan penari-penari lain untuk menari buat dia. Bukan sahaja di kawasan teater malah termasuk kawasan di bawah pentas.
Setelah persembahan tarian berakhir, dalam keadaan separuh sedar penari terbabit menjerit "Biarkan aku sendiri!" apabila dikejutkan oleh teman lelakinya.
4. Penjara Pudu
Penjara Pudu dibina semasa era kolonial British dan digunakan sebagai kem tahanan perang oleh pihak Jepun. Jumlah tahanan yang menjangkau 2000 orang, termasuklah Botak Chin yang dihukum gantung pada 1981. Suara jeritan jelas kedengaran dari dalam bilik perlaksanaan hukuman gantung walaupun tiada sesiapa di dalamnya. Dan sesetengah bahagian jauh lebih sejuk berbanding bahagian lain menandakan kewujudan makhluk halus di bahagian tersebut.
Penjara Pudu dirobohkan pada tahun 2009 bagi memberi peluang untuk pembangunan pusat komersial.
3. Bukit Tunku
Bukit Tunku yang sebelum ini dikenali sebagai Kenny Hills dan sekarang lebih dikenali sebagai Beverly Hills Kuala Lumpur dek kerana kewujudan banglo-banglo mewah serta kondominium di sekitarnya. Di dalam sebuah bilik aras bawah di banglo yang dibina semasa zaman kolonial British, dikhabarkan seorang perempuan telah membunuh diri. Dan dikatakan rohnya masih berlegar di situ.
Bahkan melintasi kawasan tersebut juga dikatakan agak berbahaya dan menyeramkan. Penunggang motosikal dikatakan boleh hilang dan lenyap bila melalui kawasan tersebut. Tetapi tidak dapat disahihkan kebenarannya.
2. Kellie's Castle, Perak
Seorang kanak-kanak perempuan dikatakan mati di sini dan menghantui ruang di dalam bagunan yang terbengkalai ini. Jeritan-jeritan yang pelik kedengaran. Dan pintu tertutup sendiri walaupun tiada sesiapa yang berhampiran.
Bangunan ini sepatutnya menjadi rumah bagi pemilik ladang dari Scotland, William Kellie Smith. Pembinaan bermula seawal 1915 tetapi disebabkan kematian Kellie, pembinaannya terhenti. Walaupun tidak siap sepenuhnya, dikhabarkan ada bilik-bilik dan laluan rahsia di dalamnya.
1. Lebuhraya Karak
Merupakan salah satu lebuhraya berhantu di Malaysia yang juga dikenali sebagai Lebuhraya E8. Dibuka kepada umum pada tahun 1977 yang menghubungkan Kuala Lumpir dan Karak di Pahang.
Pada tahun 1990, 17 individu terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan 10 buah kereta, sebuah kenderaan polis, sebuah lori tangki dan sebuah bas. Turut berlegar juga dikalangan masyarakat, kisah Volkswagen kuning yang akan muncul di hadapan walaupun sudah dipotong berkali-kali. Dan jika diperhatikan, tiada sesiapa di dalam kereta tersebut.
loading...
1 Ulasan
kalau ter-tinggal kat dalam rumah berhantu mcm ni memang masak la.
BalasPadamBoleh bace cerita pasal budak yg duduk kat rumah berhantu masa kecik2 kat sini : cerita duduk dalam rumah berhantu