Gara Gara Makan Samyang, Terpaksa Bedah Perut

Akibat sering makan samyang ramen Korean meggie, perut terpaksa di bedah

Tau ke tak samyang tu amende? Admin tanya sebab admin baru tau samyang tu meggie Korea yang viral di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Hebat betul penangan samyang a.k.a meggie Korea ni. Viral sebab apa tak tahu lah. Sebab pedas ke sebab sedap ke? Viral tak viral samyang ni sampai ada yang buat samyang challange kat video.. Ish. Dasyat samyang Korea ni..


Korean samyang ramen meggie

Admin pernah makan samyang ni sekali (tau makan je, tak tau nama, haha). Memang pedas. Sedap tu macam biasa je admin rasa.

Bercerita tentang makanan pedas.. Rasa korang tentu tahu kalau terlalu sering makan makanan yang pedas, boleh memudaratkan perut, lebih tepat usus. Sebab makanan yang pedas ni, dia macam asid yang boleh mengikis lapisan usus dalam perut. Bila lapisan usus menipis atau luka, tu yang datang penyakit gastrik atau appendix tu.

Seorang lelaki berkongsi cerita dimana isteri dia terpaksa menjalani rawatan yang memakan kos RM10K kerana mengalami luka di bahagian usus disebabkan terlalu kerap makan samyang ni.. Jom ikuti perkongsian Brother tu yang menggunakan nama Otad Al Miko.

******

Ini kisah tiga tahun lalu. Abang nak ingatkan semua.

Isteri abang makan benda ini setiap minggu dan dalam masa sebulan, usus perutnya jadi luka. Ingat tak waktu itu semua orang di Malaysia gila-gila nak buat Ramen Challenge ini?

Isteri makan habis sebekas, tetapi setiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air. Memang abang pun kagum tengok dia makan sambil tak perlukan air.

Akhirnya, terpaksa tanggung kos rawatan dan perubatan hampir RM10,000 (dalam satu malam) untuk masukkan kamera dalam perut, mencari puncanya kerana isteri dah terguling-guling menahan kesakitan pada malam kejadian itu.
 
Akibat sering makan samyang ramen Korean meggie, perut terpaksa di bedah

Dikejarkan juga ke Hospital Columbia sebab dah ramai sangat orang di Hospital Taiping pada waktu malam kejadian.

Dalam kamera dan x-ray dapat tengok bahagian luka itu. Doktor kata lukanya kecil sahaja tetapi azabnya tak terkata. Allah sahaja yang tahu.

Luka di bahagian usus amat berbahaya kerana ia kawasan yang sentiasa basah dan sukar untuk sembuh. Makanan pedas dapat menyebabkan luka pada lapisan mukosa yang sensitif atau pada usus kecil yang biasa disebut duodenum (ulkus duodenum), kata doktor.

Akibat sering makan samyang ramen Korean meggie, perut terpaksa di bedah

Punca kesakitan yang tak tertanggung itu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ini. Hati-hati ye, tanda-tanda luka itu, pada mulanya perut akan rasa susah nak sendawa dan terasa ada angin dalam perut. Lama kelamaan ia akan jadi sakit seperti dicucuk di ulu hati dan selepas itu baru berguling-guling menangis kesakitan.

Abang tak larang korang makan. Nak makan pun, makanlah. Tetapi kalau jadi seperti isteri abang barulah sedar yang terlampau pedas itu boleh memudaratkan. Mungkin lain orang tahan dan mungkin ada orang tak tahan ususnya.

Sebenarnya duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu tiada gantinya. Lidah dan mulut mungkin boleh menahan pedas, tetapi bahagian dalaman belum tentu.

Akibat sering makan samyang ramen Korean meggie, perut terpaksa di bedah

loading...