Tips Dan Cara Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Tahan Lebih Lama

Tips Dan Cara Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Tahan Lebih Lama

Rata rata, setiap orang gemar menggunakan minyak wangi atau Perfume ke badan. Tidak kira jenis mahal atau murah, jenis sembur atau 'roll'.
Untuk mereka yang jenis badan agak berbau, Perfume adalah kewajipan.

Ini kerana minyak wangi dapat memberikan keselesaan kepada orang sekeliling yang berdekatan dengan kita akan aromanya, selain menjadikan diri lebih maskulin untuk lelaki atau feminin untuk wanita. Lebih penting, minyak wangi atau Perfume dapat dijadikan daya penarik orang lain kepada si pemakai.

Tetapi tahukah anda, pemakaian Perfume atau minyak wangi juga ada caranya untuk membuatkan aroma perfume yang di pakai tahan lebih lama di badan.

Di bawah adalah 10 tips cara pemakaian perfume atau minyak wangi untuk menjadikan aromanya kenal lebih lama di badan.

1. Semburan ke dada.

Tips Dan Cara Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Tahan Lebih Lama

Penyemburan minyak wangi di dada akan menjadikan aromanya lebih kekal lama. Ini kerana bahagian dada tidak banyak pergerakan. Malah jika bahagian dada yang terdapat semburan Perfume berpeluh, akan meningkatkan lagi aroma perfume tersebut.

2. Memakai Losyen atau pelembap terlebih dahulu.

Tips Dan Cara Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Tahan Lebih Lama

Kajian menunjukkan aroma atau bau minyak wangi akan kekal lebih lama pada kulit yang lembap berbanding kulit yang kering. Jika kulit anda kering, lembapkan terlebih dahulu kulit dengan Losyen atau pelembap sebelum menyembur Perfume.

3. Sapu Vaseline pada nadi.

Tips Dan Cara Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Tahan Lebih Lama

Untuk menjadikan aroma perfume yang di pakai lebih tahan lama, anda juga boleh sapukan sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum memakai atau menyembur minyak wangi.

4. Elak simpan perfume di tempat panas.

Suhu yang panas atau tinggi boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti aromanya. Sentiasa simpan perfume pada suhu bilik seperti di dalam almari. Jika membawa Perfume dalam beg tangan, elakkan terkena pancaran matahari secara Direct.

5. Elak gosok selepas sembur.

Tips Dan Cara Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Tahan Lebih Lama

Elakkan mengosok minyak wangi dengan tangan kerana gosokkan akan menyebabkan molekul minyak wangi rosak dan mengurangkan atau mengubah aroma minyak wangi tersebut.
Cara menyembur minyak wangi ke badan adalah pada jarak 4 ~ 6 inci. Jangan menyembur terlalu lama pada bahagian badan.

6. Sembur pada sihat rambut.

Jangan sembur Minyak Wangi Atau perfume pada rambut kerana kandungan alkoholnya akan menjadikan rambut anda kering. Sebaiknya semburkan perfume pada sikat terlebih dahulu sebelum menyikat rambut menggunakan sikat tersebut.

7. Pakai perfume selepas mandi.

Kelembapan kulit selepas mandi akan membantu mengekalkan aroma minyak wangi yang dipakai.

8. Sembur perfume pada bahagian kulit yang panas.

Tips Dan Cara Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Tahan Lebih Lama

Minyak wangi berkesan pada bahagian kulit yang panas dan mempunyai aliran darah yang baik. Antara kawasan kulit yang panas adalah bahagian ketiak, belakang telinga, nadi pada sendi tangan, bahu. 

9. Elak goncang botol Perfume. 

Jangan goncang botol minyak wangi kerana ianya akan merosakkan molekul minyak wangi dan mengubah komposisi kandungan pada perfume tersebut dan menyebabkan kualiti perfume berubah.

loading...