Bayi 20 Bulan Maut Di Dera 4 Remaja Berhati Binatang Rakan Serumah Ibu

Bayi 20 Bulan Maut didera 4 remaja berhati binatang di samporna

Seorang bayi berusia 20 bulan maut didera oleh 4 remaja yang juga rakan serumah ibu mangsa di sebuah rumah di Taman Hatib, Semporna.

Bayi lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 6.45 petang akibat ditampar, dipijak dan dilempar ke tilam sehingga terkena pada besi katil.

4 orang remaja tersebut yang berusia antara 16 hingga 19 tahun kini telah di tahan pihak polis.

Remaja Dera Bayi 20 Bulan hingga maut samporna


Menurut saksi kejadian, dua suspek bertindak menampar, melempar bayi itu ke tilam, kemudian menariknya semula sehingga muka bayi itu terkena pada besi katil manakala seorang lagi suspek memijak belakang bayi terbabit.

Kejadian berlaku sewaktu ibu bayi tersebut tiada di rumah dan sewaktu pulang ke rumah, ibu bayi itu mendapati anaknya berada dalam keadaan lemah, pucat serta tidak bernafas dan terus membawa anaknya ke hospital Semporna.

Di hospital, rawatan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) diberikan, namun tiada tindak balas positif dan keadaan bayi selepas beberapa jam semakin kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut siasatan polis, ibu bayi tersebut menumpang rumah di rumah 4 remaja tersebut dan mendera bayi tersebut sewaktu ibunya tidak di rumah.

Ke empat empat remaja tersebut di tahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Hmetro

loading...