Cara Jadikan Handphone Seperti Komputer

Cara Jadikan Handphone Seperti Komputer

Fungsi handphone sememangnya tidak dapat menyamai fungsi komputer atau laptop disebabkan keterbatasan sistem yang terdapat pada handphone berbanding komputer atau laptop.

Walaubagaimanapun, cara penggunaan handphone boleh anda jadikan sama seperti anda menggunakan komputer. Jika di komputer atau laptop, kita mungkin dapat membuka beberapa applikasi dalam 1 masa, misalnya anda boleh melakukan kerja dalam 1 masa misalnya menulis blog sambil menonton youtube dengan membuka 2 browser di komputer atau laptop. Di Handphone juga anda boleh melakukan perkara yang sama seperti di komputer iaitu melakukan 2 kerja dalam 1 masa iaitu dengan mengaktifkan 'Split Screen'. Walaubagaimanapun fungsi split screen ini agak terbatas berbanding komputer atau laptop di sebabkan saiz layar handphone yang kecil, jadi jika anda sedang menulis sambil menonton, splitt screen juga akan sedikit menggangu kerana saiz paparan menjadi lebih kecil, di tambah lagi dengan paparan keyboard di layar sewaktu menulis menjadikan terdapat 3 layar di handphone anda.

Untuk menjadikan penggunaan handphone hampir sama dengan penggunaan di komputer dengan lebih selesa berbanding penggunaan split screen, anda boleh mendownload applikasi
'Floating App (Multitasking)'

Cara Jadikan Handphone Seperti Komputer

Dengan applikasi multitasking ini, anda boleh membuka lebih dari 2 paparan di layar handphone anda dan anda boleh membuka atau menutup mana mana paparan (floating app) tanpa perlu menganggu paparan yang lain. Sekiranya anda melakukan kerja kerja penulisan di handphone, ianya juga akan memudahkan anda untuk menyalin atau menampal (copy paste task).

3 kelebihan Floating App ini berbanding Split screen adalah :
1. Boleh membuka lebih dari 2 paparan dalam 1 masa.
2. Boleh re-size paparan Floating app
3. Boleh minimized paparan (sama seperti fungsi minimized di komputer atau laptop)

Cara Jadikan Handphone Seperti Komputer

Untuk memudahkan lagi anda membuka mana mana menu floating app, anda boleh mengaktifkan 'floating menu' di mana anda hanya perlu swipe atau usap layar dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri untuk membuka floating menu dan anda boleh memilih menu menu yang ingin anda paparkan atau sering anda gunakan. Dengan fungsi ini, anda tidak perlu menganggu paparan lain untuk membuka floating app di handphone anda.

Cara Jadikan Handphone Seperti Komputer

Setelah anda mendonwload Floating App, silalah godek godek fungsi Floating app untuk lebih memahami fungsinya. Floating App adalah applikasi wajib bagi admin dan ianya sangat membantu memudahkan penggunaan handphone dalam melakukan aktiviti di hanphone.


Menulis blog di handphone sambil menonton YouTube viral Asif 🤣🤣

loading...