Fakta Jerebu Yang Perlu Diketahui


Fakta jerebu yang ramai orang tidak tahu


Sewaktu post ini ditulis, Malaysia sekali lagi dilanda jerebu yang sepertinya hampir setiap tahun masalah jerebu ini melanda Malaysia dan punca kepada jerebu ini berpunca daripada pembakaran dari negara jiran, Indonesia.

Apakah jerebu? Apakah ianya sama seperti asap dari pembakaran? Mengapa jerebu bahaya untuk kesihatan?

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Jerebu?

Ramai yang faham tentang jerebu merupakan asap. Dan asap berkenaan hanyalah asap biasa dalam kuantiti yang banyak.

Sebenarnya, kefahaman itu perlu ditambahbaik lagi.

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. 

Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Apakah Yang Menyumbang Kepada Punca Jerebu?

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

Jerebu teruk yang di alami negara pada ketika ini ialah berpunca daripada pembakaran secara terbuka daripada negara jiran.

Dan asap yang terlalu tebal dan banyak daripada pembakaran terbuka tersebut menyumbang kepada cuaca berjerebu.

Apakah Isi Kandungan Jerebu?

Masih ramai yang tertanya tentang kandungan jerebu. Di manakah bahayanya? Sedangkan dengan mata kasar, ianya hanya dilihat sebagai cuaca mendung yang macam kabus di waktu pagi sahaja.

Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5?

Fakta jerebu yang ramai orang tidak tahu


Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia.

Antaranya ialah zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron. Apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan kepada paru-paru. Zarah sekecil ini boleh berada di ruang udara lebih lama dan mampu bergerak sehingga beratus kilometer.

Semakin lama ianya berada di ruang udara, peluang untuk menjejaskan kesihatan semakin tinggi.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?

Sekiranya individu terdedah secara berterusan kepada jerebu, ianya kan memberikan kesan-kesan yang tidak baik seperti berikut:

 Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
 Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
 Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
 Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

Jika anda mendapati keluarga atau diri sendiri menghadapi kesan berkenaan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran dengan kadar segera.

Antara golongan yang berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan ketika jerebu ialah:-

Kanak-kanak
Orang tua
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
Mereka yang mengalami penyakit:
Asma 
Bronkitis 
Radang paru-paru 
Penyakit paru-paru yang kronik 
Jantung 
Alahan

Langkah Pencegahan Bagi Mengurangkan Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?

Fakta jerebu yang ramai orang tidak tahu


1. Perbanyakan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
2. Kerap mandi dan elakan daripada memakai pakaian yang tebal, ketat dan bewarna gelap.
3. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau premis.
4. Jika mampu, pasang pendingin udara atau penapis udara berkecekapan tinggi bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
5. Sentiasa berada dalam bangunan, dan jika terpaksa keluar pastikan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) serta payung dan topi.
6.Pastikan mod pendingin hawa kereta berada dalam mod kitaran dalaman semasa memandu.
7. Kurangkan aktiviti fizikal yang terdedah kepada udara berjerebu.
8. Elakan membeli makanan di gerai / kedai tepi jalan (makanan tidak bertutup)
loading...