Radiasi Handphone Mampu Melemahkan Ingatan Dan Mempengaruhi Sikap Remaja

KESAN radiasi daripada telefon pintar boleh menyebabkan golongan remaja menjadi pelupa.

KESAN radiasi daripada telefon pintar boleh menyebabkan golongan remaja menjadi pelupa.

Pakar radiasi dari Sweden Martin Roosli berkata pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak yang berfungsi untuk mengolah imej dan bentuk.

Jelasnya, remaja yang menulis dengan tangan kanan akan lebih terjejas dengan radiasi ini berbanding remaja yang menggunakan tangan kiri.

Roosli telah melakukan kajian terhadap 700 remaja di antara 12 hingga 17 tahun tentang kebiasaan mereka menggunakan telefon bimbit.

Roosli kemudian turut melakukan peperiksaan memori terhadap mereka.

Kajian mendapati bahawa terdapat kaitan di antara daya ingatan lemah dan pendedahan kepada radiasi RG-EMF.

Ia turut mendedahkan bahawa tindakan menghantar teks, bermain permainan video, malah menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet, boleh memberi kesan buruk kepada remaja, terutamanya yang lebih mahir menggunakan tangan kanan.

“Hasil kajian ini menunjukkan bahawa radiasi RF-EMF yang diserap oleh otak boleh memberi kesan negatif.

“Bagaimanapun risiko terhadap otak boleh dikurangkan dengan pemakaian fon kepala atau pembesar suara sewaktu membuat panggilan, terutamanya apabila kualiti rangkaian amat lemah serta telefon pintar tersebut sedang berfungsi dengan kuasa bateri yang penuh.

Buat masa ini, kata Roosli masih belum jelas bagaimana radiasi RF-EMF boleh memberi kesan kepada proses otak atau bagaimana hasil penyelidikan ini boleh memberi manafaat dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, hasil penyelidikan ini boleh dipengaruhi oleh remaja-remaja yang sedang mengalami perubahan hormon dan mencapai akil baligh, kerana ia boleh memberi kesan kepada bagaimana mereka menggunakan telefon bimbit, perubahan sikap dan tingkah laku serta perubahan kognitif dalam otak,” jelasnya.

Dalam kaji selidik tersebut, peserta yang mengambil bahagian diminta mengisi borang pertanyaan yang bertujuan mengkaji kadar penggunaan telefon pintar dan media, termasuk kesihatan mental dan fizikal mereka.

**************************

“Sebagai contoh, hasil penyelidikan ini boleh dipengaruhi oleh remaja-remaja yang sedang mengalami perubahan hormon dan mencapai akil baligh, kerana ia boleh memberi kesan kepada bagaimana mereka menggunakan telefon bimbit, perubahan sikap dan tingkah laku serta perubahan kognitif dalam otak,”
Nampaknya penggunaan handphone bukan sahaja dapat Melemahkan daya ingatan remaja, tetapi juga dapat mempengaruhi perlakuan dan sikap remaja.
Tak hairan jika dilihat pada sikap dan perilaku remaja pada hari ini lebih susah dikawal berbanding remaja sebelum berleluasanya penggunaan handphone ini. 

loading...