Cara Menyimpan Sayur Dan Bahan Mentah Supaya Tahan Lebih Lama

Cara Menyimpan Sayur Dan makanan bahan mentah tahan lebih lama


Perasan tak terutama suri suri rumah tu... walaupun sayuran dah disimpan dalam peti sejuk, ia masih boleh menjadi layu dan kurang segar walaupun hanya selepas beberapa hari.
Sebenarnya terdapat petua dan cara menyimpan sayur dan bahan-bahan mentah ini agar ia tahan lebih lama.

CARA MENYIMPAN SAYUR DAN BAHAN MENTAH SUPAYA TAHAN LAMA

Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur dan bahan mentah agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.

Cara menyimpan sayur supaya tahan lebih lama :

1. Rendam Sayur
Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam.
Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.

2. Tambah Garam
Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran.
Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.

3. Toskan
Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurag 5 minit.

4. Simpan Dalam Bekas
Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya.
Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

Cara Menyimpan Sotong, Udang, Dan Ikan Supaya Tahan Lebih Lama

1. Cara Menyimpan Sotong
Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap.
Kemudian, petuanya letak gula sedikit, dalam 1 sudu, bergantung kepada jumlah sotong.
Fungsi gula ini untuk memastikan sotong kekal segar. Mudah-mudahan apabila nak dimasak nanti, isinya akan tetap lembut.
Gaulkan sebati dan bolehlah disimpan ke dalam petia ais bahagian ‘freezer’.
Sebelum memasak, cucikan semula sotong. Ia tidak akan menjejaskan rasa masakan.

2. Cara Menyimpan Udang
Untuk menyimpan udang, caranya lebih kurang sama juga dengan sotong.
Mula-mula, cuci bersih dan kemudian taburkan sedikit gula sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Kalau nak siang dahulu kulit dan kepala pun boleh, tapi jangan terus dibuang kulit dan kepala udang tadi. Ia boleh digunakan lagi untuk membuat stok udang.
Sekiranya ada yang tak suka bubuh gula, boleh juga rendamkan udang dalam air dan disimpan dalam ‘freezer’.

3. Cara Menyimpan Ikan
Seterusnya, ini cara menyimpan ikan.
Ikan semua boleh disiang, buang perut, dan dipotong terlebih dahulu. Tapi, petuanya jangan dibasuh supaya kekal segar.

Masukkan ikan beserta darah-darah ikan ke dalam bekas. Jangan risau, ia tidak akan menjejaskan rasa ikan dan baunya tidak akan melekat pada bekas apabila disimpan dalam ‘freezer’.

Cara Menyimpan Ayam Dan Daging Supaya Tahan Lebih Lama

Ayam – Cuci bersih dan terus simpan ke dalam ‘freezer’.
Daging – Kalau nak potong dahulu, boleh. Tapi, tak perlu cuci dan terus simpan dalam ‘freezer’. Bila nak guna baru cuci bersih.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu dan semua yang suka memasak. Bahan dapur tahan lebih lama, nak masak pun senang, bukan


loading...