Zamani Slam Kini Bergelar Suami Kepada Nur Juliana Abd Rani

Zamani Slam Menikahi Nur Juliana

Penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 48, atau lebih dikenali dengan Zamani Slam mengesahkan selamat bernikah dengan pasangannya, Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada malam 20 September. 

Walaubagaimanapun, acara pernikahan tersebut dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak memandangkan acara tersebut hanya acara akad nikah.

Gambar zamani Slam bernikah

Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat milik Zamani ZIME Production. 

Difahamkan Zamani sudah lama mengenali Juliana yang mesra dengan panggilan Julie.

Bahkan gadis cantik ini sering hadir memberikan sokongan ketika Zamani menyertai program
Gegar Vaganza 5.

Dia juga antara individu yang kuat memberikan kata-kata semangat apabila Zamani berdepan masalah dalam kariernya.

Pada 16 Jun lalu, Zamani yang popular bersama kumpulan Slam menerusi lagu Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling dan Gerimis Mengundang membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.

Zamani dan Juliana pernah tampil menyanyi berduet pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas itu.

loading...