Cara Semak Baki Akaun ASB Secara Online Di MyASNB

Cara Semak Baki Akaun ASB Secara Online Di MyASNB

Cara Semak Baki Akaun ASB Online di MyASNB Adakah anda pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB)?
Panduan buat anda kepada mana-mana individu yang melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk semak baki akaun ASB Secara Online. 

Untuk makluman, kini ASB tidak lagi menggunakan buku akaun untuk sebarang proses tambah wang pelaburan, pengeluaran duit dari akaun, atau kemaskini maklumat dalam buku akaun. Kini, ASB telah memperkenalkan semakan baki penyata secara online, iaitu melalui portal MyASNB. Melalui portal ini, anda boleh menyemak segala rekod transaksi dan baki terkini anda di dalam ASB.

CARA MENDAFTAR SEMAKAN BAKI PENYATA ASB ONLINE MYASNB


Berikut dikongsikan adalah panduan membuat permohonan pendaftaran di portal MyASNB termasuk cara semakan baki penyata ASB :

Cara Semak Baki Akaun ASB Secara Online Di MyASNB

1. Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB yang berdekatan, anda boleh mendaftar atau kemaskini nombor telefon bimbit yang digunakan dan dapatkan nombor ahli yang baru (12 digit). Nombor telefon tersebut diperlukan untuk menerima SMS Kod Pengesahan Transaksi (TAC) semasa mendaftar.

2. Seterusnya, layari online ke laman web ASB di https://www.myasnb.com.my/.

3. Skrol ke bawah dan klik butang hijau
DAFTAR DI SINI.

4. Ikuti langkah-langkah seperti yang telah ditetapkan dalam laman web untuk mendaftar.

5. Setelah selesai proses pendaftaran, kata laluan sementara akan diberikan.

6. Masuk semula ke laman web tersebut dan LOG MASUK KALI PERTAMA dengan menggunakan ID Pengguna yang telah didaftarkan dan masukkan kata laluan sementara tersebut.

7. Setelah berjaya login, tukar kata laluan anda.

8. Keluar semula daripada portal. Kemudian, login semula dengan menggunakan kata laluan yang telah ditukar.

SENARAI PERKHIDMATAN ONLINE MYASNB


1. Kedudukan Pegangan Portfolio – Memaparkan baki unit beserta nilai terkini bagi pelaburan tunai setiap produk amanah ASNB anda.

2. Rekod Transaksi – Memaparkan butiran urusniaga unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.

3. Status Transaksi – Memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.

4. Pelaburan Tambahan – Melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian (online).

5. Kemaskini maklumat dan butiran peribadi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 03 8026 8101 Pusat Khidmat Pelanggan untuk MyASNB.

Selamat membuat pendaftaran pengguna di portal MyASNB untuk semakan baki ASB secara online. Semoga informasi ini dapat dijadikan panduan buat pelabur ASB.
loading...