Dividen ASB 2019 Adalah Pencapaian Terbesar - Nik Nazmi

Dividen ASB 2019 Adalah Pencapaian Terbesar - Nik Nazmi

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat cuba mempolitikkan isu berkaitan agihan pendapatan 5.00 sen seunit ASB dan bonus 0.50 sen seunit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi 2019 yang diumumkan Permodalan Nasional berhad (PNB) minggu lalu.

Dividen ASB 2019

Beliau berkata, tindakan itu jelas berniat jahat dan jahil, tambah lagi pihak terlibat juga cuba menyalahkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, perkara ini mengabaikan hakikat bahawa ekonomi global menghadapi rintangan ketara tahun ini dan pelbagai inisiatif juga diambil PNB untuk meningkatkan tadbir urus korporat syarikat itu.

Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa itu, aset Di Bawah Pengurusan (AUM) PNB juga melebihi RM300 bilion dengan kira-kira 90 peratus dilaburkan di dalam Malaysia.

“Sebarang pergerakan besar oleh PNB akan memberi impak besar kepada pasaran saham Malaysia dan ASB juga bukanlah satu dana ajaib yang beroperasi dalam vakum.

“Oleh itu, pendapatan 5.5 peratus, walaupun mungkin mengecewakan sesetengah pihak, masih merupakan pencapaian besar oleh PNB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

******************

Rekod dividen ASB 1990 - 2019

Rekod dividen ASB 1990 - 2019

Apa kata anda? :D

loading...