Bahaya Ketagihan Menonton Video Lucah


Bahaya Ketagih video lucah porno

Tidak perlu dijelaskan apa itu video lucah atau video porno.

Seseorang yang mengalami ketagihan menonton video lucah atau pornografi, pada mulanya akan merasakan kurang selesa dengan video lucah yang ditontonnya. Namun lama kelamaan akan timbul keseronokan dan akhirnya ketagih untuk menonton video lucah.

Hal ini membuatkan penagih video porno akan mencari dan terus mencari bahan pornografi dan menganggap perkara ini normal.

Individu yang terjebak dengan ketagihan pornografi sebenarnya telah bertoleransi dengan bahan yang mereka gemari. Walaupun, individu ini sedia maklum mengenai keburukan pornografi, namun mereka tetap ingin berdamping dek kerana keseronokan yang sementara.

Perasaan ini berlaku kerana telah ada sikap kebiasaan atau normal yang akhirnya perasaan toleransi terhadap pornografi ini bercambah walaupun 'penyakit' ini telah menghancurkan kecerdasan fizikal, intelektual, emosi dan juga rohani.

Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak sedar bahawa ketagihan menonton video lucah atau video porno adalah satu penyakit otak juga jiwa yang mana akan memberi kesan buruk kepada si penagih tanpa mereka sedar.

Mereka Yang sering menonton video lucah tanpa mereka sedar mereka sedang memendam keinginan seksual mereka.

Mereka Yang mengalami ketagihan menonton video lucah ini walaupun mereka sudah merasa bosan dengan video video yang ditonton, mereka tetap akan mencari dan menonton video tersebut.
Sehingga pada satu tahap, otak tidak dapat berfikir dengan waras disebabkan ketagihan tersebut, malah, sanggup meninggalkan pekerjaan untuk menghilangkan ketagihan mereka.

Hal yang lebih buruk apabila mereka sudah terlalu bosan menonton video lucah tetapi dalam masa yang sama ingin memuaskan nafsu seksual mereka, maka akan wujud perbuatan luar kawalan otak iaitu melakukan perbuatan perbuatan yang tidak senonoh kepada orang lain atau dipanggil gila seks seperti mencium pakaian dalam orang lain atau menunjukkan kemaluan mereka kepada orang lain.

Mengenal Pasti Mereka Yang Ketagih Porno


Sukar untuk mengesan atau mengetahui bahawa seseorang itu penagih video lucah atau tidak, ini kerana, mereka tidak akan pernah mengaku bahawa mereka ketagih menonton video lucah kerana ianya sesuatu yang memalukan. Walaubagaimanapun, mereka yang ketagih menonton video lucah ini memiliki beberapa persamaan personaliti iaitu :
1. Pendiam
2. Rasa malu yang keterlaluan terutama kepada jantina berlawanan.
3. Kurang keyakinan diri.
4. Lambat dalam berfikir
5. Gemar bersendirian dan tidak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Mentaliti individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan mereka lemah dalam semua aspek kehidupan. Kelemahan ini dapat dikesan daripada pengamalan hidup mereka seharian.

Individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan otaknya lemah di dalam menjana buah fikiran yang baik. Setelah itu, mereka akan mengalami gangguan emosi yang keterlaluan dan akan membawa kepada rendah keyakinan diri.

Cara Mengatasi Ketagihan Menonton Video Lucah


Ketagihan menonton video lucah hampir sama seperti ketagihan merokok. Orang lain tidak dapat menghentikan si penagih melainkan diri si penagih sedar dengan sendirinya akan masalah yang mereka hadapi.

Cubalah lakukan Perkara perkara Ini untuk menghentikan ketagihan menonton video lucah :
1. Mendekatkan diri kepada tuhan.
2. Sentiasa sibukkan diri.
3. Sentiasa bergaul dan melakukan aktiviti santai bersama keluarga atau rakan.
4. Melakukan sesuatu yang memerlukan otak untuk berfikir.
loading...