Rimas Asyik Ditanya Bila Nak Kahwin, Lelaki Ini Guna Cara Paling Rare Untuk Mendapatkan Jodoh

Cara Paling Rare mencari jodoh

Perkahwinan adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua orang,tidak kira lelaki mahupun wanita. Tetapi... Jodoh itu semua di tangan tuhan yang kita sendiri tidak tahu.
Ada yang cepat ada yang lambat... 
Ada yang datang cara mudah, ada yang puas mencari jodoh, tetap tidak bertemu.
Kadang, orang yang kita fikir dia lambat dapat jodoh kerana rupa paras yang hodoh, tak disangka sangka, yang hodoh itu lebih dulu berumah tangga berbanding kawan kawan yang ada rupa.
Itulah jodoh.

Walaubagaimanapun, bila tiba 1 peringkat umur yang selayaknya sudah berumahtangga, tetapi masih membujang, pertanyaan 'bila nak lahwin' adalah sesuatu yang sensitif, sesuatu yang memalukan, malah mampu menjadi seseorang itu Stress memikirkan jodoh yang tak kunjung datang.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang tak tahan ditanya dengan soalan 'cepu emas' dari kawan dan saudara mara sehingga nekad menggunakan kaedah yang mungkin orang lain tak terfikir untuk melakukannya.

Nooraziro Abdullah, lelaki dari Marang Terengganu yang tidak tahan asyik ditanya 'bila nak kahwin' nekad menggunakan kaedah menggantungkan banner untuk mendapatkan jodoh setelah pelbagai usaha dilakukan gagal.

Mencari jodoh Terengganu Nooraziro Abdullah

"Saya tidak peduli orang nak cakap saya terdesak, asalkan dapat cari isteri."

"Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal." 

"Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil."

"Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri."

Mencari jodoh Marang Terengganu

Tidak kisah dilabel terdesak, Nooraziro mahu berkahwin dalam masa terdekat. Lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah ini dipercayai menggantungkan poster di kawasan Kuala Dungun iaitu diluar tempat yang mudah dikenali orang kampung.

" Saya tidak sangka pula perkara ini menjadi tular, namun mahu berfikiran positif mungkin ini penyebab untuk saya mendapat isteri. Ibu bapa serta adik beradik saya pun tidak tahu saya menggunakan kaedah ini untuk mencari jodoh."

"Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya."

"Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti."

Katanya lagi, dia sudah tidak tahan menjawab soalan rakan-rakan mengenai jodoh setiap kali menghadiri majlis kenduri. Disebabkan itu, dia nekad menggunakan cara ini dan tidak kisah mengenai ciri-ciri pilihan asalkan si perempuan menerima dirinya.

*****************

Zaman Internet, zaman media sosial ni, da tak susah cari jodoh pasangan hidup. Tapi, Kalau dah tak jodoh, nak buat macam mana kan.... Hmmm... Teringat zaman waktu belum ada media sosial dulu, yang nak cari pasangan, nak cari jodoh, boleh cari dekat majalah.. Teringat pula zaman dolu dolu... Huhu.. Ada ke yang dapat jodoh melalui majalah???



loading...