Cara Withdraw Duit Di ATM Luar Negara


Cara Withdraw duit di mesin ATM Luar Negara

Antara hal yang paling penting untuk difikirkan dan dirancang sewaktu hendak melancong ke luar negara adalah wang.

Kebiasaannya, mereka yang tidak mempunyai kredit kad akan membawa wang tunai (Local Cash) sewaktu melancong ke luar negara atau menukarkannya terlebih dahulu di Money Changer tempatan dengan mata wang negara yang ingin dilawati.

Semestinya anggaran perbelanjaan wang yang akan digunakan sewaktu berada di luar negara akan dibuat supaya wang yang dibawa mencukupi dan tidak lari budget atau masalah lain yang diluar jangkaan.

Biasanya kekurangan wang sewaktu berada di luar negara akan terjadi kepada mereka yang pertama kali melancong ke luar negara. Ini berkemungkinan mereka tidak tahu dan terbiasa dengan penggunaan wang sewaktu di luar negara dan beranggapan mereka boleh membuat pengeluaran wang di ATM Luar Negara di mesin ATM negara yang dilawati.

Tidak ramai yang tahu bahawa kita boleh mengeluarkan wang di mesin ATM Luar Negara menggunakan kad ATM kita.
Walaubagaimanapun, anda perlu set terlebih dahulu akaun bank anda atau penggunaan kad ATM di luar negara. Jika tidak set penggunaan kad ATM di luar negara, memang tak kan boleh buat pengeluaran wang di luar negara walaupun kad anda tertera MasterCard atau VISA yang menandakan kad tersebut boleh digunakan di seluruh dunia.

Cara Withdraw Duit Dari ATM Di Luar Negara


Dibawah adalah cara untuk setup kad ATM anda supaya boleh digunakan di luar negara. Dibawah adalah contoh dari akaun Maybank. Akaun akaun bank yang lain hampir sama cara setupnya.

Pertama, Login ke dalam akaun Maybank2u menggunakan web browser, di Applikasi tak ada feature ni ye. Part ni, wajib kena ada akaun Maybank2u atau online banking. Kalau tak ada, tak dapek den nak nolong.

Selepas login, klik pada menu 'Card Management'

Cara Withdraw duit di mesin ATM Luar negara
Kemudian, pilih 'Activation'. Klik 'Continue'.

Cara Withdraw duit di mesin ATM Luar Negara

Kemudian, set tarikh yang ingin anda gunakan kad ATM anda untuk pengeluaran di luar negara atau oversea selama berada di oversea atau selama anda inginkan. Kemudian request TAC dan masukkan no TAC anda. Selesai.

Cara Withdraw duit di mesin ATM Luar Negara

Selepas setup kad ATM bank anda, barulah boleh digunakan di mesin mesin ATM Luar untuk pengeluaran wang atau urusan pembayaran menggunakan kad ATM anda.

Kadar Tukaran Wang Dan Cas Transaksi Pengeluaran Wang Di Mesin ATM Luar Negara

Untuk kadar tukaran, admin kurang pastilah. Mungkin sama dengan kadar tukaran wang semasa atau sedikit mahal. Kadar tukaran ini di tetapkan oleh pihak bank luar negara tempat anda membuat pengeluaran wang di ATM mereka. Bukan pihak Maybank.

Untuk cas transaksi pula, adalah seperti dibawah. Cas transaksi ini dikenakan oleh pihak Maybank.

Cara Withdraw duit di mesin ATM Luar Negara

Cas transaksi untuk pengeluaran di mesin mesin ATM Luar Negara adalah berbeza mengikut bank.
Jadi sebelum membuat pengeluaran wang di mesin ATM Luar Negara, semak dahulu cas transaksi yang dikenakan antara bank.



Melalui perkongsian ini, in case anda sedang bercuti atau melancong di oversea tu, tiba tiba duit poket tak cukup, bolehlah anda set penggunaan kad bank anda untuk pengeluaran wang di mesin ATM Luar Negara. Tapi pastikan ada duit lah dalam akaun bank anda. Kalau tak ada, wassalam lah. Huhu. Semoga bermanfaat untuk mereka yang  sedang melancong di luar negara dan tengah pening untuk keluarkan duit di mesin ATM Luar Negara sebab duit di tangan dan habis. Huhu... 
loading...