Taman Tema MAPS Ipoh Akhirnya Ditutup Selepas 3 Tahun Beroperasi


Penutupan taman tema maps Ipoh di tutup

Setelah hampir tiga tahun beroperasi, Taman Tema Movie Animation Parks (MAPS) di Ipoh, Perak pada hari ini (27 Januari 2020) memaklumkan penutupan operasi sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan taman tema yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke negeri itu diumumkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young setelah beroperasi sejak Jun 2017 yang lalu yang menelan kos pembinaan sebanyak RM520 juta oleh kerajaan negeri Perak. 

Untuk pengetahuan, MAPS bermula awal tahun lalu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang ingin memasuki taman tersebut dan hanya perlu membayar sekiranya ingin bermain permainan yang disediakan.

Punca penutupan Taman Tema MAPS Ipoh di percayai dari masalah kewangan setelah bertukar kerajaan. 

Usaha serius Kerajaan Negeri Perak menyelesaikan masalah dihadapi oleh taman tema tersebut yang ditinggalkan kerajaan terdahulu menemui jalan buntu.

Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir telah membangunkan MAPS dengan hutang yang begitu besar membabitkan nilai ratusan juta ringgit.
loading...